#Spyshot: Geely FX11 dikesan jalani ujian, model baharu Proton X70 akan datang?

10332

Geely sedang membangunkan SUV saiz pertengahan dengan kod nama FX11. Imej yang bocor itu pertama kali memperlihatkan bahagian rekaan dalaman SUV tersebut.

Jika diperhatian bahagian kabin tidak jauh berbeza dengan lakaran rasmi Geely menerusi stereng rata tiga jejari berwarna hitam dan perkataan CMA di bawahnya. Di bahagian kiri dan kanan stereng tersedia butang kawalan.



Manakala bahagian luaran menampilkan siluet yang lebih bulat dan kemasan krom pada perumah cermin sisi. Kelihatan FX11 memiliki hud depan lebih panjang berbanding Boyue dan lampu utama reflektor LED.

Model dengan kod nama FX11 itu akan menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA) iaitu casis yang digunakan untuk kenderaan kecil dan kompak.

Tiada maklumat berkaitan harga dan trenkuasa yang mana difahamkan model itu bakal dilancarkan suku keempat tahun.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here