Seorang ahli perniagaan, Zef Eisenberg maut apabila cuba memecahkan rekod terpantas menggunakan Porsche 911 Turbo di Elvington Airfield, York, dua tahun lalu.
Menerusi inkues yang dijalankan, jutawan itu dikatakan membrek terlalu awal sebelum payung udara dapat dibuka sepenuhnya.
Ini menyebabkan kereta sport berkenaan menjadi tidak stabil. Dalam satu kenyataan, marshal perlumbaan Graham Sykes berkata bapa kepada dua anak berusia 47 tahun itu berjaya menggunakan kereta itu sepanjang hari.
Bagaimanapun, ketika payung terjun itu digunakan pada pusingan terakhir petang itu, kereta mula terangkat seolah-olah udara masuk ke bahagian bawah.
Sykes berkata kemungkinan Eisenberg yang merupakan pemandu yang dikenali dan dihormati itu tersalah langkah urutan yang mana menekan brek sebelum payung terjun digunakan sepenuhnya.
“Malangnya, saya merasakan kesilapan pemandu menyebabkan kemalangan tragis ini,” katanya kepada inkues.
Malcolm Pittwood yang dilantik oleh Motorsport UK sebagai penyelaras percubaan pada hari itu berkata Eisenberg cuba mencatat kelajuan terpantas dan berharap ia boleh direkodkan.
Kenderaan yang dikustom itu terbalik pada kelajuan tinggi dan dia mengalami beberapa kecederaan traumatik lalu meninggal dunia di tempat kejadian.
Menerusi perbicaraan itu Eisenberg meminta brek payung terjun yang direka untuk memperlahankan kereta.
Sebelum ini, Eisenberg yang berasal dari utara London terselamat dalam kemalangan motosikal di lapangan terbang yang sama di Yorkshire Utara pada 2016 apabila motosikal berkuasa turbinnya gagal berhenti di hujung landasan.
Dia mengalami 11 patah tulang termasuk bahagian pelvis. Kemudian Eisenberg kembali berlumba pada 2017, walaupun bimbang dia tidak akan berjalan lagi. Pada 2018 dia merekodkan kelajuan terpantas 370kmj menggunakan motosikal turbin.