Model epic Lamborghini Countach ‘Wolf of Wall Street’ dijual pada harga lelong RM3.2 juta

1723

Siapa sangka supercar Lamborghini Countach 25th Anniversari (1989) yang disenaraikan dalam jualan lelongan ini bermula pada harga yang agak rendah  AS738,000 (RM3.2 juta).

Lamborghini tersebut merupakan model dan warna sama yang digunakan oleh Leonardo Dicaprio dalam babak ikonik The Wolf of Wall Street.



Supercar itu adalah salah satu model yang paling ikonik dalam sejarah automotif dan disenaraikan untuk jualan di platform Bring a Trailer. Setakat ini, sebanyak 45 bidaan diterima dan ramai yang terkejut melihat harga jualan tersebut.

Lamborghini Countach 25th Anniversari hanya dikeluarkan sebanyak 658 unit seluruh dunia dan model yang dijual itu merupakan milik kerabat diraja Arab Saudi.

Selepas dihantar ke Dubai kemudian supercar itu menuju ke Kanada dan tinggal di sana selama 10 tahun lalu dieksport ke Arab Saudi pada 2019 sebelum menuju ke New Jersey.

Ia dijana oleh enjin 5.2-liter DOHC V12 empat injap setiap silinder yang menghasilkan kuasa 449hp yang kemudian dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Lamborghini dengan warna badan Pearl White itu menampilkan panel Kevlar dengan bampar belakang yang dikemaskini, lid enjin, panel rocker dan intake udara serta lencana ulangtahun di fascia belakang.

Ciri peralatan tambahan lain termasuklah bukaan pintu gunting bersama sayap belakang bentuk V serta lampu pop up. Lamborghini Countach itu didatangkan dengan rim 15-inci bersama tayar Pirelli P Zero 225/50 (depan) dan 345/35 (belakang). 

Sementara, bahagian kokpit menampilkan upholsteri putih pada kerusi bucket pelarasan elektrik, panel pintu, konsol tengah, papan pemuka di bahagian bawah dan sil. Sementara bahagian atas papan pemuka, karpet dan garisan bumbung didatangkan dengan kemasan hitam. 

Ciri peralatan lain termasuk kawalan pendingin hawa automatik, stereo kaset Panasonic dan cermin berkuasa elektrik.

Supercar dengan perbatuan 11,500km itu sudah menjalani penyelenggaraan pada Jun 2019 oleh Interstate Motorsport of Pennington, New Jersey merangkumi pembinaan semula pam air, pemasangan palam pencucuh baharu, penutup injap dan gasket intake, dan pelarasan karburator.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here