Proton bakal lancar X70 facelift Khamis ini, bakal guna enjin 1.5 TGDi?

1243

Menjelang pelancaran Khamis ini (9 Jun), Proton menyiarkan beberapa teaser Proton X70 facelift di Facebook Proton Cars.

Pengeluar kenderaan nasional itu berkongsi dua imej teaser yang mana foto pertama menunjukkan rim 19-inci dengan kapsyen ‘kepintaran baharu yang menginspirasikan, lebih berani dan anggun.’



Pengeluar kenderaan nasional itu menjelaskan SUV tersebut didatangkan dengan perubahan minor pada rekaan sekaligus meningkatkan pengalaman pemanduan.

Foto rim yang dikongsi itu digunakan pada Proton X70 SE (2021) yang terhad 2,000 unit. Lebih signifikan, Proton berkongsi imej janakuasa X70.

Bukan lagi rahsia Proton X70 (2022) bakal menggunakan enjin 1.5 liter turbo 3-silinder yang sudahpun dijual di Pakistan dan Nepal.

Janakuasa tersebut diambil daripada Proton X50, namun tidak dapat dipastikan adakah kesemua varian X70 bakal menggunakan sesaran enjin lebih kecil atau enjin 1.8 liter turbo 4-silinder akan hanya ditawarkan pada model teratas.

Sebagai perbandingan enjin 1.5 liter TGDi menghasilkan kuasa 174hp dan tork 255Nm manakala 1.8 TGDi offers 181hp dan tork 300Nm. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi dual klac 7DCT.

Hanya berbaki dua hari saja lagi untuk pelancaran, tentunya anda ingin mengetahui harga baru SUV berkenaan serta perubahan yang ditawarkan. Sama-sama kita nantikan.

Pelancaran akan dianjurkan pada jam 11 pagi dan pelanggan yang berminat boleh mendaftar di laman web Proton. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here