SA kongsi gaji RM2,800 boleh angkat Proton X50, netizen ‘nak bayar Axiapun sesak hujung bulan’..

18168

Sebelum membeli sebuah kenderaan, perkara pertama yang perlu diambilkira adalah kocek anda bukan hanya ingin bergaya atau sekadar memenuhi kemahuan dan bukannya keperluan.

Kereta hanyalah liabiliti yang digunakan untuk membawa pemilik dari titik A ke titik B. Bahkan nilai pasaran semasa kenderaan juga akan menyusut bukannya meningkat.

@raischa.rosze

Gaji Bersih utk apply Proton Pintar X50 #protonmalaysia #protonx50 #fypシ

♬ original sound – MizzxManja – MizzxManja



Selain ansuran bulanan, pemilik juga perlu memikirkan kos lain selepas membeli kereta antaranya alat ganti, servis dan komponen haus dan lusuh di samping peruntukkan minyak.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila pembantu jualan Proton berkongsi individu yang bergaji RM2,800 layak untuk membeli sebuah Proton X50.

Kenyataan berkenaan menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Ini kerana perlu diingatkan dengan gaji sedemikian pengguna bakal menghadapi aliran tunai yang membebankan.

Bahkan, untuk mendapat kelulusan daripada pihak bank juga tidak mudah dan memerlukan penjamin. Namun, jika pembantu jualan berkenaan ‘power’ tiada masalah untuk dia membantu anda mendapatkan X50 dengan gaji sedemikian.

Cuma selepas pemilikan anda yang akan menanggung segala kos dan kemungkinan perlu mencatu sana sini.

Agar tidak membebankan di kemudian hari, anda perlu membuat kiraan jumlah gaji tahunan atau pastikan bayaran bulanan tidak lebih 15 peratus daripada gaji bersih.

Contoh gaji RM2,800:

  1. RM2,800 x12 bulan = RM33,600

2. 15% X RM2,800 = RM420

Jadi, disarankan mengambil kereta yang nilainya di bawah RM33,600 dan bayaran bulanan tidak melebihi RM420.

Sekiranya anda mengambilkira kalkulator di atas, gaji tersebut tidak layak untuk memiliki sebuah Proton X50. 

Perkongsian pemilik Twitter Luqman Yamin turut berasa bimbang dengan kenyataan pembantu jualan tersebut.

“Gila agaknya nak beli X50 gaji RM2,800. Pengsan bayar kereta sembilan tahun, tu pun kalau amik yang paling basic,” jelasnya.

“Aku check insurance tahunan pun dah makan sebulan gaji RM2,000 plus. Nangis tukar sebijik tayar dan bayar bulan tu dah habis separuh gaji,” tambahnya lagi.

Mengikut pengiraan Motoqar menerusi kalkulator Proton, sekiranya individu mengambil model Proton X50T Standard dengan faedah bank (2.5 peratus) dan pinjaman ditarik sehingga sembilan tahun, bulanan yang perlu dibayar adalah RM808.

Bagaimanapun, pemilik perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10 peratus iaitu RM7,920. 

Kebanyakan netizen juga bersetuju dengan perkongsian lelaki tersebut antaranya:

“Masa kerja Credit Analyst Hire Purchase PBB, memang ramai yang gaji bawah RM3,000 berangan nak beli Honda City. Terus loan kena reject. Sekarang ni lagi up yer taste masing2 nak kereta yang almost RM100k.

“Sis cakap boleh. Sis bank kata berangan ka?.”

“Hahahaha gilalah SA macam ni. Nak suruh orang tu makan cat dinding ke apa.”

“Team sales mesti akan yakinkan buyer untuk beli punya. Tu tak citer lagi maintenance. Buyer kena tengok poket sendiri sebenarnya. Jangan terpedaya dengan harga. Merananya 9 tahun.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here