Difahamkan pelancaran MPV Perodua Alza (2022) bakal ditunda ke bulan depan susulan masalah kekurangan tenaga pekerja di bahagian vendor.
Seperti mana kita ketahui, Perodua sentiasa menyimpan rapi informasi mahupun imej model baharu mereka sebelum pelancaran.
Namun, siapa sangka imej MPV dengan kod D27A itu bocor di Tiktok. Seorang pengguna akaun @nick8486 memuatnaik video memaparkan deretan Alza di kemudahan pengeluaran Perodua. Bagaimanapun, pemilik akaun sudah menurunkan video berkenaan.
Menerusi sekeping imej itu boleh dilihat reka bentuk Alza tidak jauh berbeza dengan model Daihatsu Xenia dan Toyota Veloz. Cuma rekaan gril depan Alza seperti Perodua Ativa yang didatangkan dengan dua bahagian. Bentuk lampu depannya dan belakang mirip Xenia.
Selain itu, tawaran warna pada imej yang bocor itu juga sepadan dengan informasi yang tular sebelum ini yang mana Alza akan didatangkan dengan warna Ivory White, Glittering Silver, Elegant Black, Garnet Red dan Vintage Brown.
Seperti yang dilaporkan sebelum ini Alza bakal didatangkan dengan tiga pilihan varian seperti mana model Perodua yang lain iaitu bermula dengan X, H dan AV.
Sumber menjelaskan Alza bakal menggunakan enjin 1.5 liter dengan transmisi CVT. Sementara, Indonesia masih menawarkan transmisi manual 5-kelajuan bersama pilihan CVT pada Xenia.
Kemungkinan MPV tersebut menggunakan enjin daripada Avanza 1.5 liter NA Dual VVT-i empat-silinder dengan kuasa 106PS @ 6,000rpm dan tork 138Nm @ 4,200rpm.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar