Proton lancar X70 facelift, enjin 1.5L turbo, 5 varian, harga mula RM93k

3352

Proton Malaysia rasmi memperkenalkan X70 MC1 (minor change) ke pasaran tempatan. Selain perubahan signifikan luaran dan dalaman, versi naiktaraf itu menerima janakuasa sama yang digunakan pada Proton X50.

Proton X70 facelift kini menggunakan enjin 1.5 liter TGDi yang menghasilkan kuasa 174hp dan tork 255Nm.



Bagaimanapun enjin 1.8 TGDi dengan kuasa 181hp dan tork 300Nm masih ditawarkan pada varian tertinggi. Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi dual klac 7DCT.

Proton memilih enjin 1.5 liter turbo 3-silinder kerana menawarkan penjimatan bahan bakar sebanyak tujuh peratus bagi kegunaan urban selain cukai jalan lebih murah. 

Selain itu, enjin tiga silinder lebih ringan yang menawarkan keseimbangan prestasi dan kecekapan serta mencapai tork maksimum pada rpm rendah. 

Proton X70 Facelifit kini ditawarkan dengan 5 pilihan varian:

  • 1.5L Standard 2WD: RM93,900

  • 1.5L Executive 2WD: RM105,500

  • 1.5L Executive AWD: RM111,300

  • 1.5L Premium 2WD: RM117,900

  • 1.8L Premium 2WD: RM121,800

Proton memperkenalkan kembali pacuan semua roda (AWD) pada varian 1.5 liter Executive selepas menghentikan tawaran pacuan tersebut pada model pemasangan tempatan (CKD).

Model CKD di kilang Proton Tanjong Malim itu didatangkan dengan beberapa perubahan signifikan antaranya:

  • Gril radiator depan dan perumah lampu kabus hitam berkilat
  • Rekaan baharu rim aloi 18 dan 19 inci
  • Cermin sisi warna hitam
  • Diffuser belakang berwarna hitam
  • Kemasan pintu but hitam berkilat
  • Garisan bumbung  berwarna hitam
  • Bumbung suria hitam

Proton X70 facelift didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Space Grey, Jet Grey, Ruby Red, Armour Silver, Snow White dan Cinnamon Brown.  SUV itu didatangkan dengan waranti 5-tahun dan perbatuan tanpa had sama seperti model X70 sedia ada. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here