Abang lori tunjuk cara ‘ajar’ kereta Singapura potong ‘Q’, tak sampai seminit polis tiba!

6188

Sejak pembukaan sempadan darat Malaysia-Singapura, keadaan trafik di sempadan kedua-dua negara kembali sibuk.

Seorang pengguna TikTok @Ahmadzarinsamad berkongsi video pendek yang menunjukkan dua buah kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura memotong barisan menggunakan lorong khas lori dan bas di sebelah kanan.

@ahmadzarinsamad

#CapCut

♬ bunyi asal – #AhmadZarin# – #AhmadZarin#



“Waktu pulang dari Singapura ada dua biji kereta warga Singapura potong Q menggunakan laluan lori dan bas. Dengan sengaja aku bunyikan hon supaya polis trafik datang.

“Dua biji kereta ni tak berani nak terus potong Q sebab dah agak ada polis banyak di depan. Tak sampai seminit polis tiba,” tulisnya yang turut berterima kasih kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas.

Taktik berkenaan digunakan oleh si perakam bagi memberitahu secara tidak langsung atau menarik perhatian polis trafik yang bertugas di pondok kastam. 

Menerusi video 42 saat itu boleh didengar dengan jelas kenderaan belakang turut membunyikan hon panjang tanda ‘marah’ dengan tindakan penting diri kereta tersebut. 

Anggota trafik yang tiba dengan sebuah kapcai berkenaan menahan kedua-dua pemandu yang bersalah dan mengeluarkan saman. 

Menurut abang lori, kejadian berlaku pada 7 Jun jam 1.15 petang ketika dia dalam perjalanan pulang dari Singapura ke Malaysia.

“Masa aku buat video ni aku dah tau memang akan ada polis waktu jam macam ni, memandangkan dia dah ganggu pergerakan lori aku yg berat kat bukit..apa lagi aku kasi hon kaw-kaw, cepat abang polis sampai,” jelasnya di ruangan komen.

Di samping itu, dia juga tidak bersetuju dengan andaian netizen yang menganggap situasi itu diselesaikan secara tepi.

“Kali ni aku nampak dia keluarkan saman,” tulisnya yang meminta netizen agar sentiasa bersangka baik. 

Perkongsian itu mendapat pujian daripada netizen bahkan mereka berpuas hati melihat kenderaan Singapura itu disaman pihak polis. 

“Saman boleh bayar ada kan demerit points macam Singapura cukup points banned from masuk.”

“Kena ubah sikit undang-undang, warga asing yang kena saman tahan dulu jangan bagi masuk negara diaorang, dah bayar denda baru boleh keluar dari Malaysia..kalau tak bertimbun samanje.”

“Puasnya hati, walaupun bukan saya yang hon tetap juga puas hati.”

“Ah bagossss. Kita sume yang ikut law tak bergerak berjam-jam, suka sangat bila orang yang cut Q kena saman.” 

“Bagusnya polis ni..moga dapat anugerah pekerja cemerlang, memang pantas betul bertindak.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here