Racun TikTok, Axion ‘hilangkan’ watermark cermin kereta..boleh percayake?

5457

Kesan tompokan air atau watermark pada cermin kereta tidak dapat dihindari sekiranya anda meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbumbung.

Lebih parah jika anda tidak kerap menghantar kereta ke pusat cuci, watermark ini akan melekat pada cermin sehingga sukar ditanggalkan. Ini kerana ada dua jenis watermark iaitu yang jelas kelihatan dan tidak lagi meresap pada lapisan coating kereta.

DUA JENIS WATERMARK



Ini mudah dibersihkan melalui cucian biasa, jika sedikit sukar dihilangkan boleh diatasi dengan proses polish.

Sementara, watermark kedua pula disebabkan hujan asid yang meresap pada coating kereta. Jenis ini sukar dihilangkan kerana pemilik tidak terus membasuh kereta selepas terkena air hujan atau dibiarkan terlalu lama di bawah cahaya matahari. 

Watermark juga akan terbentuk pada bahagian luar cermin kereta. Keadaan ini disebabkan titisan air, air hujan dan air embun pada permukaan cermin yang terkena cahaya matahari lalu menjadi kering pada permukaan cermin.

Proses yang berulang ini akan meninggalkan kesan watermark yang jelas kelihatan. Namun, kesan tompokan itu boleh dihilangkan menggunakan watermark remover. Proses ini mengambil masa yang agak lama jika anda menghantar ke pusat cuci kereta.

Pihak cuci kereta akan menggunakan bahan kimia untuk menanggalkan watermark tersebut terutamanya yang sudah lama melekat pada cermin. Bahan yang digunakan boleh merosakkan cermin jika anda melakukan sendiri dan tidak diserahkan pada yang pakar.

Selain itu, kos menanggalkan kotoran pada cermin tersebut juga sedikit mahal mengikut jenis model kenderaan digunakan. 

GUNA AXION SAJA, BERKESANKE?

@erra_nikyahya

Habislah lepas ni naik harga axion..😂😂

♬ DJ Harga Diriku – Bila Kamu Tak Lagi Denganku REMIX – Ika Project

Namun, seorang pengguna TikTok Erra Nik Yahya berkongsi cara murah menanggalkan watermark pada cermin kereta dengan hanya menggunakan pencuci pinggan jenama Axion.

Menerusi video pendek 40 saat itu dia menunjukkan proses mencuci cermin menggunakan Axion. Tetapi, timbul pertikaian dalam kalangan netizen kerana video tersebut hanya menunjukkan proses membilas cermin dengan air dan tidak sehingga kering.

Justeru itu, pemilik akaun berkongsi video kedua menunjukkan proses selepas kering. Erra menjelaskan watermark pada cermin sisi hilang sepenuhnya cuma kesan pada bahagian cermin pintu masih meninggalkan kesan tompokan air. 

@erra_nikyahya

Reply to @uncleremie 😂😂

♬ original sound – Alif Kamil – Alif Kamil

“Tetapi nipis tidak teruk macam sebelum basuh dengan Axion.

“Sebelum try kita basuh kereta, memang tak hilang sepenuhnya tapi nampak nipis kesan dari sebelum try,” tulisnya. 

Seperti mana Motoqar jelaskan di atas, jika watermark tersebut masih baru mungkin anda boleh menggunakan Axion. Namun, kotoran yang degil sudah lama menempel pada cermin kenderaan bukanlah mudah dengan hanya menggunakan Axion watermark akan hilang.

Anda masih perlu menggunakan watermark removal. Tidak semua tips yang dikongsi di media sosial sesuai digunakan mungkin kadang kala bersifat hoax!.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here