Isuzu D-Max X-Terrain kini meningkatkan lagi ciri standardnya dengan menawarkan penambahan minor yang signifikan, ke dalam senarai ciri sedia ada.
Dengan lima anugerah “Trak Pikap Tahunan Terbaik” sejak pelancarannya setahun lalu, Isuzu D-Max X-Terrain yang baru menepati setiap keperluan dan telah terbukti menjadi satu trak yang paling lasak, serba boleh dan canggih dalam pasaran hari ini.
Ini 5 perkara baharu yang anda perlu tahu tentang Isuzu D-Max X-Terrain 2022:
1. Tiga warna ditawarkan – Hadir dengan warna baharu iaitu Silky Pearl White dan Onyx Black, selain warna sebelum ini iaitu Valencia Orange.
2. Around-View Monitor – yang membolehkan persekitaran dipantau 360 darjah. Ciri ini bukan saja menawarkan pandangan mata burung ketika mengundur, ia juga menyediakan pilihan panduan 3D dalam paparan 9 inci bagi meletakkan kereta dengan lebih tepat dan mudah.
3. Pengecas tanpa wayar Qi – Ia terletak di ruang depan gear, yang memudahkan pengguna. Sesuai digunakan untuk hampir semua telefon pintar, telefon boleh dicas dengan mudah dan tanpa gangguan.
4. Lampu alu-aluan di luar yang terletak kemas di bahagian bawah, lampu LED ini akan menerangi kawasan sekitar kaki ketika membuka kunci kenderaan.
5. Follow-me home lights – Pemandu dan penumpang akan selamat, dan kasut anda juga tidak akan kotor, walaupun di tengah gelap malam.
Rangkaian kuasanya tidak berubah, ia masih menggunakan enjin 3.0-liter yang direka untuk prestasi dan respon lebih baik sementara mengurangkan bunyi dan gegaran.
Unit ini menjana 190hp dan 450Nm tork dari 1,600 hingga 2,600rpm dan digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.
Isuzu D-Max X-Terrain baru ini akan dibuka untuk tempahan bermula sekarang di semua pengedar Isuzu sah dan akan mula diserahkan kepada pemilik pada pertengahan bulan Julai.
Model baru ini dijual dengan kenaikan harga minimum dengan harga atas jalan (tak termasuk insuran) bermula dengan RM146,938.40.
Untuk maklumat lanjut mengenai D-Max baru yang hebat ini, kunjungi pickuptruck.isuzu.net.my.
Galeri gambar: