Utama Berita Automotif MPAJ sita pasu bunga & kon buat cop parkir, netizen cadang beri...

MPAJ sita pasu bunga & kon buat cop parkir, netizen cadang beri saguhati pada pelapor

2482
Pasu bunga, kerusi dan kon adalah antara barang yang disita Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerusi ops sitaan halangan yang diadakan pada Rabu lalu. 
 
Barangan berkenaan dipercayai digunakan sebagai ‘penanda’ cop parkir di kawasan pangsapuri kos rendah sekitar Ampang.
Operasi sitaan halangan di tempat awam dan jalan awam tersebut dilakukan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Penguatkuasa serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPAJ.
 
“Operasi diadakan di rumah pangsa kos rendah 420, Bandar Baru Ampang dan rumah pangsa kos rendah Taman Bakti, Taman Cempaka itu berikutan aduan orang ramai.
 
“Orang awam boleh mengemukakan sebarang aduan melalui http://aduan.mpaj.gov.my atau saluran nombor WhatsApp 019-266 8100,” tulis kenyataan yang dikongsi di laman Facebook MPAJ.
 
Perkongsian itu mendapat maklum balas positif daripada netizen yang mana ada meminta pihak berkuasa meletakkan papan tanda larangan ‘cop parkir’ dan memberikan saguhati kepada pelapor.
 
“Buat satu papan tanda sekiranye cop parking akan di denda terus. Dan orang awam boleh tunjukkan kepada mereka yang tak paham dan tak tahu.”
 
“Nak tunggu berpuluh aduan baru nak buat keja, kalau setakat 1/2 aduan tak buat, apa ntah lagi nak siasat, kawasan paling hampir dengan menara MPAJ ni, depan sekolah menengah pandan indah, blok-blok yang cop parking sendiri, bila nak datang bagi warning?
 
“Lepas habis operasi..ada blk benda ni.”
 
“Mohon MPAJ ambil tindakan di tepi jalan luar zoo negara, ada ambil kesempatan bayaran parking awam, tapi dikenakan bayaran RM10, dah komplen kat MPAJ, telefon tak jawab, email takda respon, ape cite MPAJ???.”
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here