Selepas dua tahun menyepi akibat pandemik Covid-19, acara tahunan Art of Speed Malaysia (AOSM) kembali semula di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor, pada 2 dan 3 Julai ini.
Seperti biasa, AOSM bakal menyediakan kenderaan kustom untuk cabutan bertuah kepada penggunjung. Pada tahun ini, dua pemenang bertuah akan membawa pulang dengan Vespa Klasik EV. Ia direstorasi oleh Kluk Klek Soul dan pengubahsuaian EV oleh Elders Elettrico, dan seunit lagi diubah suai khas oleh Hausboom.
Acara tahunan yang kesepuluh tahun ini, bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik membabitkan:
- Art of Speed Invitational Bike Build Off 2022 – Menyaksikan 7 pembina khas bersaing untuk merebut hadiah wang tunai RM10,000 (pemilihan juri) & wang tunai RM5,000.00 (pilihan awam). Pembina khas yang bersaing ialah:
- Skatecture dari Sarawak; pembina khas adalah Mohammad Nasir bin Morni
- Chaos Kustom dari Sarawak; pembina khas adalah Azizan Abdul Rahim
- Acid Welding dari Johor; pembina khas adalah Abd Rasid Ismail
- Jewa Lukha dari Pulau Pinang; pembina khas adalah Farhan Uzair Sabri
- Motorburuk Garage dari Pulau Pinang; pembina khas adalah Mohd Aidzam
- RGF dari Perlis; pembina khas adalah Fazrul Izham bin Azizan
- Zuhal Fast Custom dari Johor; pembina khas adalah Abdul Halim Jamaludin
- Jelajah Hot Wheels Legends – Peserta tahun ini terdiri daripada pembina khas dan pengubahsuai kereta dari rantau Asia Pasifik dan Malaysia – pemenang pastinya bakal teruja apabila mengetahui kereta sebenar mereka akan ditransformasi menjadi satu model unik untuk kereta diecast Hot Wheels. Pendaftaran untuk Jelajah Hot Wheels Legends akan tersedia dalam talian pada 18 Jun 2022 serta di tapak acara AOS 2022. Pengunjung yang sudah lama mengimpikan pengalaman Hot Wheels yang istimewa ini akan dapat memandu dan mengambil gambar profesional dengan kereta mereka dengan latar belakang blister Hot Wheels saiz sebenar. Pengalaman unik ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat dan pengunjung boleh memuat turun salinan foto daripada media sosial kami selepas tamat acara tersebut. Terdapat juga hadiah dengan pembelian iaitu gift with purchase (GWP) kereta edisi terhad Hot Wheels Nissan Skyline GT-R (R32) AS serta 200 poster Hot Wheels yang ditandatangani oleh pereka Hot Wheels.
- Garage Life – Dengan kerjasama NoEqual.co adalah NEAT Fest yang kembali di Dewan C, menampilkan paparan kolektif kenderaan yang terpilih dari seluruh Malaysia dengan nama “Garage Life”.
- Hail Vintage – Bakal menampilkan pameran pakaian kerja vintaj dan 32 vendor terpilih – peningkatan dua kali ganda daripada tahun 2019. Turut serta dalam Hail Vintage tahun ini dalah Jubilee Antique Café yang akan menampilkan citarasa makanan kopitiam Kelantan yang istimewa.
- Off The Grid – Gaya hidup perkhemahan, konsep baharu dalam “outdoor lifestyle” yang akan diadakan di dalam dewan dengan keselesaan berhawa dingin dan banyak aktiviti dirancang untuk dinikmati semua pengunjung yang akan membawa seisi keluarga.
- Kustom & Koffee Talk bersama NoEqual.co – Wawancara oleh Qhalis Najmi akan berlangsung di dalam Dewan A pada pukul 3.30 petang pada hari Sabtu bersama-sama panel dari luar negara seperti Scott Johnson dari Mama Tried Motorcycle Show dan Warren Heir Jr. dari Flat Out Friday. Forum ini akan membincangkan topik-topik terkini di dalam industri permotoran.
7. Festival Sound Circus – Bakal menampilkan Hujan sebagai persembahan utama dengan band-band lain seperti Sekumpulan Orang Gila, SweetAss, Iqbal M., Balok People dan ramai lagi.
Lain-lain aktiviti di AOS 2022 termasuk:
- Roda Rumble 2022 – Perhimpunan Dua Roda & Festival disokong oleh Retro Mania
- La Cultura – Perhimpuanan Penghargaan Budaya Chicano yang pertama di Malaysia
- Tapak Makanan yang akan menampilkan Lori Makanan, Bazar Jualan kini dengan tapak terlindung di tingkat paling bawah di Dewan D
- Pasar Lambak Vintaj
- Perhimpunan Pemilik Kereta Alfa Romeo
- Hot Wheels Club Malaysia (HWCM) Convention (Dewan D)
- Bazar fesyen moden Streetware Con (Dewan D)
- Demo dan paparan Mini Crawlers RC
- Perasmian produk di atas pentas
- Zon Pandu Uji untuk motorsikal (Ducati, Royal Enfield, Vespa, Aprilia dan Harley-Davidson)
AOS 2022 akan memperkenalkan tiket Speed Lane, yang dibuka satu jam lebih awal pada pukul 9.30 pagi berharga RM55 sah untuk dua hari.
Pengunjung boleh menikmati satu jam tambahan di dalam dewan utama dan juga Dewan C dan D. Tiket hujung minggu biasa (tanpa konsert Sound Circus) berharga hanya RM35 sahaja. Kanak-kanak di bawah 12 tahun masuk secara PERCUMA.
Pemegang Pas OKU juga akan menikmati kemasukan percuma. Tiket Festival Sound Circus (outdoor) telah habis dijual, tetapi tiket kombo Festival Sound Circus + Tiket Hujung Minggu masih lagi dijual di dalam talian.Tiket dalam talian boleh didapati di https://aos2022.qtic.my
Galeri Gambar: