Terbang guna jet peribadi ke pulau Majorca, Ronaldo bawa bersama hypercar Bugatti edisi terhad

1207

Cristiano Ronaldo membawa keluarga besarnya bercuti ke sebuah pulau Mallorca atau Majorca, Sepanyol ketika cuti Liga Perdana Inggeris.

Pemain Manchester United berusia 37 tahun itu bercuti penuh gaya menggunakan jet peribadi miliknya Gulfstream G200 bernilai £20 juta (RM107.4 juta).



Ronaldo bersama kekasihnya Georgina Rodrigues dan lima anak mereka menginap di sebuah vila terpencil di kaki bukit Tramuntana.

Vila super mewah yang dikelilingi pokok palma itu dilengkapi dengan kemudahan jim, jakuzi, gelanggang bola tampar pantai dan padang bola sepak. Ronaldo turut berkongsi gambar keluarga menikmati hidangan di meja kayu besar di akaun Instagramnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano)

Pasangan itu tidak memilih untuk menyewa kenderaan di pulau berkenaan melainkan membawa bersama dua buah kereta mereka salah satunya hypercar edisi terhad Bugatti yang dihantar menerusi laut.

Menurut laporan The Sun, Ronaldo membawa bersama Bugatti Centodieci di samping sebuah SUV keluarga Mercedes-Benz. 

Seperti mana Motoqar laporkan sebelum ini Bugatti mengumumkan penghantaran pertama Centodieci. Adakah ini bermakna Ronaldo merupakan pemilik pertama dan mengambil peluang percutian 10 hari untuk mencuba hypercar berkenaan.

Bugatti Centodieci menggunakan enjin 8.0 liter W16 yang menghasilkan kuasa 1,578hp dan pecutan dari 0-100kmj mampu dicapai dalam tempoh 2.4 saat dengan kelajuan maksimum  380kmj.

Jualan harga hypercar itu adalah €8 juta (RM36.97 juta) yang mana memasuki barisan pengeluaran suku pertama tahun ini selepas selesai menjalani ujian enduran 50,000km.

Selain itu, jika Ronaldo buntu melakukan perjalanan melalui darat, sentiasa ada pilihan laut menerusi kapal layar miliknya yang bernilai £5.5 juta (RM29 juta) yang berlabuh di Pelabuhan Adriano berdekatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here