#Spyshot: Proton X90 (Geely Haoyue VX11 ) dikesan jalani ujian di NKVE, bakal lancar tahun depan?

2607

Geely Haoyue ataupun Okavango nama yang digunakan di pasaran Filipina dilihat menjalani ujian enduran sekitar lebuhraya NKVE, semalam.

Adakah imej yang dikongsi The Ajerul itu akan menjadi model MPV Proton X90 akan datang?. Buat masa ini tiada maklumat terkini berkaitan SUV baharu daripada Proton.



Difahamkan Proton tidak akan memperkenalkan model tersebut pada tahun ini yang mana dikhabarkan ia bakal menjengah pasaran lokal tahun depan. Geely Haoyue dilancarkan di pasaran China pada Jun 2020.

Okavango  tampil dengan slogan ‘Wonderfully Distinct’, menggabungkan ciri terbaik antara SUV dan MPV dalam konfigurasi 7-kerusi dengan tiga baris tempat duduk.

Diposisikan di atas Boyue (Proton X70), MPV itu memiliki panjang 4,835mm (+316mm lebih panjang daripada X70), lebar 1,900mm (+69 mm), tinggi 1,785mm (+91 mm) dan jarak roda 2,815mm (+145mm).

Tersedia dengan pilihan lima atau tujuh kerusi, barisan kedua dan ketiga boleh dilipat rata bagi menawarkan ruangan but tambahan sehingga 2,370 liter. 

SUV tersebut dijana enjin 1.5 liter turbo DVVT 3-silinder dan dipadukan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V berkuasa 190hp @5,500rpm dan tork 300Nm @ 1,500-4,000rpm yang kemudian dipadankan dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan jenis basah. 

Trenkuasa ini juga kali pertama diperkenalkan Geely untuk Okavango (2021) versi Filipina kerana model Haoyue di China dikuasakan enjin 4-silinder 1.8 liter turbo berkuasa 181hp dan tork 300Nm dengan kotak gear DCT 7-kelajuan.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here