China lancar kapal perang termaju pertama buatan lokal

1625

China baru-baru ini melancarkan kapal pengangkut pesawat ketiga yang paling maju di negara itu di saat Beijing agresif berusaha memperluaskan jangkauan angkatan lautnya di wilayah Indo-Pasifik yang strategik dan Lautan Hindi. 

Kapal yang dinamakan sebagai Fujian itu dilancarkan di limbungan kapal Jiangnan Shanghai. Mengapa kapal pengangkut pesawat ini penting dibandingkan dengan kapal terbesar milik India Vikramaditya.

Apakah Fujian?



Fujian ialah kapal pengangkut pesawat lastik yang direka dan dibina secara domestik yang pertama di China, lapor agensi berita Xinhua. kapal pengangkut itu diberi nama Fujian iaitu wilayah yang terletak berdepan dengan Taiwan.

Pelancaran itu ditangguhkan selama dua bulan kerana pandemik di Shanghai yang mana pelancaran seharusnya dilakukan pada 23 April sekitar ulang tahun ke-73 Tentera Laut Pembebasan Rakyat (PLAN).

Dibina oleh China State Shipbuilding Corporation Limited, Fujian mempunyai sesaran lebih daripada 80,000 tan dan dilengkapi dengan lastik elektromagnet dan peranti perangkap. 

Pakar tentera laut berkata Fujian mungkin mengambil sedikit masa untuk mula beroperasi. Kebarangkalian PLAN mula menghantar kapal pengangkut pesawat ke Lautan Hindi menjelang 2025.

CIRI PERALATAN

Fujian merupakan kapal pengangkut pesawat pertama kategori Type 003 dibangunkan dan dibina sepenuhnya dalam negara yang dilengkapi dengan sistem pelancaran pesawat elektromagnet (EMALS) serta mempunyai dek penerbangan yang rata dan lurus dan peranti perangkap. 

EMALS berfungsi pada medan magnet berkuasa yang dijana oleh motor aruhan elektromagnet untuk menggerakkan objek yang lebih ringan bahkan penggunaan sumber yang lebih sedikit dan pengecasan semula lebih pantas.

Ia mempunyai sesaran penuh lebih daripada 80,000 tan iaitu lebih 20,000 tan daripada dua kapal pengangkut pesawat yang lain.

China menggunakan kapal pengangkut sedia ada untuk membawa jet pejuang J-15 dan ini merupakan masalah besar buat PLAN kerana setiap pesawat itu memiliki berat 18 tan yang mana terlalu berat buat kapal perang untuk jangka masa panjang. 

Laporan Global Times berkata Fujian akan mendapatkan versi yang lebih baik bagi pesawat pejuang J-15 yang serasi dengan pelancaran lastik, satu lagi versi jet perang elektronik yang sama, jet stealth J-35, dan pesawat EW KJ-600.

Kapal induk berkenaan boleh membawa lebih banyak jenis pesawat dan muatan senjata. Bagaimanapun, China masih jauh untuk menyaingi Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 11 kapal induk gergasi berkuasa nuklear walaupun sudah mengatasi Britain.

Pengumuman pelancaran kapal pengangkut pesawat itu dibuat ketika ketegangan dengan AS semakin meruncing disebabkan isu Taiwan dan tuntutan Beijing terhadap Laut China Selatan.

EMALS dianggap oleh pakar tentera laut India sebagai lompatan besar oleh tentera laut China kerana pada masa ini hanya AS memiliki kapal perang yang begitu maju.

Ia lebih cekap tenaga dan mengurangkan penyelenggaraan. Ia juga digunakan pada kapal pengangkut kelas Gerald R. Ford Tentera Laut AS.

Bagaimanapun, pelancaran Fujian dijangka memberi lebih banyak ruang kepada China untuk beroperasi di Laut China Selatan dan Selat Taiwan yang mempunyai kepentingan strategik bagi China yang mana negara itu bersaing dengan pencerobohan tentera laut AS termasuk kapal pengangkut pesawat.

Kapal pengangkut pesawat pertama China, Liaoning, adalah rekaan semula kapal era Soviet yang ditugaskan pada 2012, diikuti kapal pengangkut pesawat kedua, Shandong yang dibina secara asli pada 2019.

Liaoning setakat ini merupakan satu-satunya kapal pengangkut pesawat China yang mempunyai keupayaan operasi awal atau tahap kesediaan tempur asas. China merancang untuk membina kapal pengangkut pesawar kuasa nuklear akan datang.

VIDEO

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here