Ford F-150 Raptor trak versi 2019 pengendalian dinaik taraf

2503
Ford F-150-Raptor versi 2019

Trak pikap paling garang jenama Ford menerusi F-150 Raptor diperkenalkan versi 2019 yang ditambah baik supaya mampu mengharungi laluan lasak dengan mantap.

Menerusi penampilannya, Ford F-150 Raptor masih menerapkan imej sebelum ini tetapi ditawarkan dengan tiga warna baharu membabitkan Ford Performance Blue, Velocity Blue dan Agate Black.

Kerusi Recaro balutan Alcantara

Jika menjengah ruang kabinnya, ia tampil dengan tempat duduk berprestasi yang menggunakan jenama Recaro.



Paling menariknya, kerusi itu dibaluti kemasan Alcantara biru dengan jahitan yang diinspirasikan dari model Ford GT.

trak
Ruang kabin

Komponen yang membezakan dengan versi terdahulu terletak pada bahagian suspensinya.

Ini kerana bahagian terbabit dilengkapi penyerap hentak Fox Racing dipadankan dengan teknologi Live Valve.

trak
Suspensi Fox Racing dinaik taraf

Suspensi itu turut dilengkapi teknologi pintar apabila mampu mengesan sekiranya Raptor sedang melompat dan akan mengeraskan peredam secara automatik sebagai persediaan untuk mendarat.

Ini bermakna yang menghasilkan pendaratan yang terbaik dan pada masa sama mampu mengelakkan berlakunya sebarang kerosakan pada bahagian bawah kenderaan.

trak
Penyerap hentak lebih mantap

Ford F-150 Raptor juga dilengkapi dengan ciri Trail Control yang bertindak seperti kawalan jelajah untuk pemanduan off-road.

Ia boleh diaktifkan pada kelajuan antara 2 hingga 32km/j dan apabila aktif, ia akan mengambil alih tugas memacu dan membrek untuk membantu pemandu mengatasi pelbagai jenis halangan.

trak
Ford F-150 Raptor versi 2019

Difahamkan trak pikap yang dipasang di Dearborn, Michigan akan dipasarkan bermula hujung tahun ini.

Ford Motor Company adalah pembuat kereta multinasional Amerika yang mempunyai ibu pejabat utamanya di Dearborn, Michigan, pinggir bandar Detroit. Ia diasaskan oleh Henry Ford dan diperbadankan pada 16 Jun 1903.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here