Ubahsuai kerusi OKU mudahkan bapa keluar masuk kereta, lelaki ini dapat pujian netizen

4025

Jarang sekali kita mendengar anak muda melakukan modifikasi kerusi bagi memudahkan penumpang masuk dan keluar. 

Kebanyakan anak muda masa kini lebih memilih modifikasi ‘mencantikkan’ kenderaan mereka agar tampil sporty mahupun lowered. Namun, tidak bagi pengguna TikTok @mohdirwanshah46 ini.

@mohdirwanshah46

ade mase kite bawak abah jalan2 #seatoku #myvipasso #fypシ

♬ Do’aku – Haddad Alwi



Dia berkongsi video modifikasi kerusi penumpang depan bagi memudahkan bapanya yang uzur untuk masuk dan keluar dari Perodua Myvi miliknya.

Jelasnya modifikasi itu dilakukan sendiri dengan mencari barangan halfcut. Bahkan dia juga menjelaskan bukan mudah mencari komponen berkenaan kerana tidak semua model boleh berbuat sedemikian.

“Tidak semua model boleh masuk yang ada Myvi, Alza, Toyota Wish, Alphard dan Vellfire. Tapi tak semua halfcut ada barang.

“Kos seat OKU siap pasang dalam RM2,500-RM3,000 bergantung pada seller dan keadaan, barangpun bukan senang nak dapat,” tulisnya.

@mohdirwanshah46

bahagian dalam pulak #seatoku #myvipasso #jdmlovers🔰

♬ DOA UNTUK AYAH – NABILA MAHARANI

Jelasnya untuk mudah mendapatkan komponen berkenaan pengguna perlu mencari di kedai halfcut barangan JDM dan perlu membuat tempahan dari Jepun.

“Saya dapatpun dari member ambil (beli) daripada kereta dia kemudian pasang sendiri. Kalau nak boleh cari di FB, taipje seat OKU Passo,” jelasnya.

Video itu mendapat hampir 2 juta tontonan dan mendapat pujian daripada netizen dengan tindakan lelaki berkenaan yang berbakti untuk orang tuanya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here