Proton Iriz 2019 diberi pelbagai penambahbaikan, GKUI, tempahan RM9.99 dari 1-11 Mac

4109

Proton telah mempertontonkan Iriz 2019 kepada media hari ini. Pelbagai penambahbaikan diberikan di luar, dalaman dan sistem kenderaan.

Tempahan telah dibuka dengan hanya RM9.99 untuk tempahan online. Promosi ini sah dari 1 hingga 11 Mac 2019.



Pelanggan dan orang ramai yang berminat juga boleh melihat Iriz ini dengan lebih dekat di bilik pameran Proton Edar sebelum tarikh pelancaran rasmi.

Setakat ini, tarikh dan harga belum dipastikan. Lima varian ditawarkan: Standard 1.3 Manual, Standard 1.3 Auto, Executive 1.3 Auto, Executive 1.6 Auto, dan Premium 1.6 Auto.

Luaran

 

Pembaharuan di luar dan dalam Proton Iriz dibentangkan oleh Azlan Othman, ketua Proton Design. Menurut Azlan, Iriz 2019 direka semula agar nampak lebih kohesif dan menarik.

Menggunakan slogan Intelligence That Exictes, Iriz 2019 mendapat bar krom baharu di bahagian depannya. Bar ini berbentuk “Ethereal Bow” atau busur panah untuk memberikan ilusi lebar dan kukuh.

Di gril radiator, terdapat bentuk “Infinite Wave” seperti pada X70. Lampu depan adalah unit halogen seperti Iriz Refinement dan Persona.

Bampar depan juga telah diubah sedikit. Tiada lampu kebus, sebaliknya Iriz dilengkapi dengan DRL LED dengan rekaan kristal.

Rim 15-inci Iriz juga direka semula, kini berkonsepkan “rotor blade”. Terdapat juga bumbung hitam dan antena sirip jerung.

Di belakang, panel hitam di bawah cermin belakang menempatkan tulisan PROTON yang kini menggantikan lencana Proton pada Iriz sebelum ini.

Bampar belakang juga menerima penggayaan baharu, dengan elemen seperti air curtain.

Dalaman

Keseluruhan ruang kabin telah digelapkan dengan panel dan permukaan baharu. Tempat duduk Iriz adalah dengan belang merah biru seperti pada versi Refinement sebelum ini.

Varian Premium didatangkan dengan unit hiburan yang menggunakan eSIM untuk fungsi navigasi, stream muzik dan arahan suara. Dengan ini, Iriz menjadi model kedua Proton untuk menerima sistem arah suara “Hi Proton”.

Kesemua fungsi ini boleh diakses melalui skrin sesentuh 7-inci dengan memori dalaman 16 GB. Sama seperti X70, sistem ini juga menyokong Wi-Fi.

Enjin dan transmisi

Enjin dan transmisi dikekalkan dari sebelum ini, iaitu 1.3-liter VVT dengan 94hp/120Nm tork dan 1.6-liter VVT dengan 107hp/150Nm tork.

Kedua-dua enjin dipadankan dengan transmisi CVT yang telah ditala untuk memberi respon, penjimatan dan pemanduan lebih baik. Transmisi manual 5-kelajuan hanya terdapat pada Standard 1.3.

Kesemua model Iriz mendapat penarafan 5-bintang untuk ASEAN NCAP dan bergantung kepada varian, akan dilengkapi dengan dua atau enam beg udara.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here