Selepas Indonesia, Yamaha Jepun paten moped Exciter 135 (LC 135 Fi) di Vietnam

2209

Yamaha mendaftarkan paten rekaan model kapcai yang mirip dengan 135LC Fi yang dilancarkan di Malaysia Mac lalu. 

Menurut Zingnews pendaftaran rekaan itu difailkan pada 30 September 2021 namun diumumkan pada 27 Jun lalu. Pendaftaran itu dilakukan oleh Yamaha Motor Corporation (YMC). 

Berdasarkan imej yang dipatenkan, rekaan skrin LCD, badan dan lampu depan memiliki persamaan dengan  Yamaha Exciter 150 (2019) yang dijual di Vietnam.



Bagaimanapun, kluster lampu belakang mirip dengan Exciter 155 dengan posisi lampu dan rekaan signal yang sedikit berbeza.

Seperti mana kita sedia maklum, Mei lalu YMC memfailkan paten 135LC Fi di Indonesia dan pengeluar jenama motor Jepun itu mengemukakan permohonan paten di negara pasaran utama Asean lain termasuk Filipina dan Thailand.

Ini adalah langkah biasa bagi mengelak berlakunya plagiat reka bentuk oleh pengeluar lain.  Buat masa ini masih belum ada khabar berita tentang kemunculan 135LC Fi di negara Asean lain. 

Yamaha 135LC Fi dijana oleh enjin 135cc silinder tunggal yang menghasilkan kuasa  maksimum 12.4hp @ 8,000rpm dan tork 12.2Nm @6,000rpm.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here