Inilah kenderaan yang dipandu pelumba F1, sebelum mereka bertarung pada hujung minggu lalu

895

Perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2022 sudah pun memasuki pusingan ke-10 di litar Silvertone  pada hujung minggu lalu.

Namun, tahukah anda kenderaan apa yang digunakan untuk pemandu F1 sebelum bertarung di trek.

Berdasarkan akuan Tiktok rasmi F1, mereka memandu kenderaan sendiri dengan menggunakan kenderaan yang menarik membabitkan:



Duo Kuda Jingkrak, Leclerc dan Sainz, hadir ke litar itu menggunakan supercar buatan Maranello iaitu Ferrari Roma.

Jentera itu menggunakan enjin V8 3.9 liter twin-turbo yang menghasilkan 611hp dengan tork setinggi 760 Nm.

Selepas itu, kelihatan kelibat pasukan McLaren datang dengan memandu supercar buatan kilang mereka.

Kelihatan Daniel Ricciardo memandu McLaren 720S, manakala Lando Norris memilih McLaren GT dua tona.

Mercedes-AMG G63

George Russell daripada pasukan Mercedes-AMG Petronas, hadir dengan SUV mewah berprestasi dengan memandu Mercedes-AMG G63 warna kelabu.

Jentera itu memiliki prestasi enjin yang mantap apabila ia mampu memecut 0-96km/j dalam 4.5 saat sahaja. 

Pemandu F1, Zhou Guanyu pula memandu Alfa Romeo Stelvio. Biarpun begitu, jentera itu adalah spesifikasi Quadrifoglio menggunakan enjin V6 twin-turbo. Kelajuan tertinggi boleh mencapai dalam 283km/j.

Terakhir, pelumba Red Bull Racing iaitu Verstappen dan Sergio Perez pula datang dengan memandu Honda Civic Type-R. 

Jentera yang digunakan itu sebenarnya sebuah kereta sport daripada Honda yang mana jentera itu boleh memecut 0-96km/j dalam 4.8 saat.

Dalam banyak-banyak jentera itu, mana satu pilihan anda?

 

@f1 the cars drivers drive before they drive cars #f1 #formula1 #cartok #silverstone ♬ Lazy Sunday – Official Sound Studio

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here