Perodua sudah membuka tempahan Alza (2022) dan difahamkan MPV itu bakal lancar tidak lama lagi.
Selepas beberapa teaser menjelang pelancarannya, Perodua berkongsi satu lagi video baharu yang memfokuskan kepada mod pemanduan Alza.
Menerusi kapsyen, “nikmati pemanduan walau apa jua jalan anda gunakan”, video pendek itu menunjukkan Alza didatangkan dengan mod pemanduan Eco, Normal dan Power yang mana hanya ditawarkan pada varian H dan AV.
Perodua mencadangkan mod Eco digunakan pada laluan lebuhraya, Normal (bandar) dan Power untuk laluan berbukit. Mungkin anda boleh mencubanya ketika menaiki Genting Highlands.
Menerusi video itu boleh dilihat papan pemuka didatangkan dua rona warna hitam dan merah dan punat kawalan pada stereng mirip dengan Ativa. Varian Alza AV aditawarkan dengan Kawalan Kruise Adaptif dan Kawalan Kekal Lorong.
Bahkan, sekali imbas meter digital kelajuan mirip dengan Ativa H dan AV. Sebelum ini, Perodua berkongsi video teaser pendek Alza melibatkan kamera 360 darjah, lampu depan dan belakang, ciri peralatan brek parkir elektrik dan teknologi enjin EEV serta transmisi D-CVT.
Namun, komen netizen mencuri perhatian apabila majoriti tidak sabar menunggu pelancaran rasmi MPV itu di samping sinikal mengandaikan Perodua bakal berkongsi butang kawalan tingkap dan gambar stereng pada video akan datang.
“Video tunjuk Perodua Alza takda, asyik stereng saja.”
“Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kemarahan…esok nak tunjuk stereng?. Lusa tunjuk button tingkap…sabar je la.”
“Aku rasa team Perodua mesti tengah sakit kepala sebab every day kena keluar teaser Alza sampai launch, last sekali mesti cerita pasal saiz tayar, trunk but, segalanya..”
“Cepat keluarkan teaser pasal aircond belakang…mesti semua suka.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar