Tak boleh naik ETS tiba 5-minit sebelum berlepas, netizen “sidai kami lama macam tunggul, tak pula KTM fikir”

3327

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi akaun Facebook memuatnaik notis penting meminta pengguna perkhidmatan tren elektrik (ETS) agar tiba 30 minit lebih awal sebelum waktu pelepasan.

“Bermula 1 Ogos 2022 (Isnin), terdapat prosedur baharu kepada para penumpang yang membuat perjalanan menaiki tren ETS.
 
“Diharap para penumpang ambil maklum akan perkara ini untuk mengelakkan sebarang kesulitan dan melancarkan proses menaiki tren. Terima kasih atas kerjasama anda,” tulisnya.
 
Pihak KTM juga tidak akan membenarkan pelanggan menaiki tren jika tiba 5-minit sebelum tren berlepas. 
 
Tindakan tersebut menimbulkan pertikaian dalam kalangan pengguna selain daripada sistem imbasan kod QR yang tidak efisien sehingga menyebabkan kesesakan dan logika tidak membenarkan pengguna menaiki tren walaupun tiba 5-minit sebelum pelepasan. 
 
Persoalan utama apabila pengguna berkongsi seringkali ‘disidai’ di stesen apabila tren tidak menepati masa.  
 
Berikut luahan netizen yang sudah lama bersabar dengan pengurusan KTM yang tidak efisien: 
 
“Sistem scan QR code di KL Sentral yang selalu melambatkan penumpang. Akhirnya, tak perlu scan tapi bila sampai ke destinasi QR code invalid bila nak keluar.”
 

“Even bullet train kat Jepunpun 1 minit sebelum boleh naik lagi. Setakat ETS yang tak selaju bullet train tu, dah kenapa nak kena limitkan 5 minit.”



“Dah la sidai kami Kat KTM Sungkai. Sampai 2-jam stuck kat sana takdak apa pampasan, air apapun takdak elok-elok sampai KL sentral jam 8 malam jadi 11 malam..haaa macam mana tu? Piirahhhh KTM.”

“Ehm selalu dah dekat nak berlepas baru terhegeh hegeh bagi penumpang scan tiket. Terlewat tapi masih dalam waktu sebelum berlepas. Nak refund tiket ker? Dah la nak tukar nama pun nak kena cancel then beli baru.”

“Rasanya kami tunggu tren. Tren tak pernah tunggu kami. Kalau tren delay, kami ada hal penting, KTM boleh bayar balik ke masa kelewatan menunggu itu.”
 
“Jumaat malam lepas, train ke Padang Besar pukul 10.50 di ruangan menunggu dah ramai Q…tapi staff ETS belum suruh buka laluan, pukul 10.30 baru kelam kabut.. dengan yang nak scan tak lepas, kena beberapa kali cuba scan tiket.”
 
“Yang ni kalau kami lambat 5-minit tak boleh naik train, macam mana kalau train lambat kena tunggu berjam, tu baru bab train lambat.. bab nak masuk gate pula.. train berlepas jam 6.31 petang, 6.15pm tak buka gate lagi untuk scan, pastu jadi kelam kabut..6.20 ptg baru nak buka, kalau macam tu baik tak payah suruh penumpang datang 30 minit awal.”
 
“KTM dinasihatkan untuk tidak sidai orang macam tunggul kayu. Kau nak org ikut masa kau. Masa org kau ade kisah.”
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here