Pengedar Kawasaki buka tempahan Ninja 250, bakal lancar tak lama lagi?

1638

Ketika lawatan kilang Kawasaki di kemudahan Modenas Gurun, Kedah bulan lalu, media jemputan berkesempatan melihat projek pemasangan model Kawasaki 250cc.

Dalam lawatan itu, Modenas sudah menghasilkan 20 unit Kawasaki Ninja 250 ABS dan tanpa ABS serta memulakan aktiviti pemasangan Z250 ABS.



Menerusi pemerhatian kami di barisan pengeluaran Kawasaki F03, Ninja 250 didatangkan dengan warna badan hitam dengan jalur grafik emas manakala Z250 pula dipadankan dengan warna badan merah gelap. Selain itu, warna badan lain yang bakal ditawarkan adalah kelabu dan hitam. 

Baru-baru ini, ahli grup Facebook Kawasaki Ninja ZX25R Malaysia Official berkongsi informasi sudah ada pengedar rasmi jenama tersebut membuka tempahan model Ninja 250 2-silinder.

“Ini adalah antara model terawal dikeluarkan selepas hasil ‘perkahwinan’ antara Kawasaki dan Modenas.
 
“Yang mengejutkan lagi, harga yang ditawarkan sangatlah murah! Malah lebih murah dari Yamaha R25, dan tentunya jauh lebih murah daripada Ninja 250 yang ditawarkan oleh Kawasaki sebelum ‘perkahwinan’ dengan Modenas,” tulisnya.
 
Menurut ahli grup tersebut, sportbike berkenaan bakal ditawarkan pada harga RM18,000 bagi Kawasaki Ninja tanpa ABS manakala versi ABS bakal dijual pada harga RM20,000.
 
Jelasnya, harga berkenaan jauh lebih murah berbanding jualan pengedar sebelumnya iaitu sekitar RM25,000.
 
“Dari tanda harga ini, kita dapat jangkakan harga untuk Ninja ZX-25R kelak pasti tidak akan melampaui batas. Dan pasti menjadi satu tamparan hebat buat ‘bani baik beli’,” katanya. 
 
Sebelumnya, Motoqar melaporkan bahawa tahun ini empat model Kawasaki pemasangan tempatan (CKD) bakal dilancarkan ke pasaran lokal. 
 
Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkata pengguna Malaysia akan menerima model CKD Ninja 250 ABS/non ABS, Z250 ABS dan Vulcan S650 pada tahun ini manakala tahun depan Versys 650 dan Versys X-250.
 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here