Mendebarkan, penumpang rakam skru pesawat Air China tercabut

1123

Seorang penumpang panik apabila merakamkan skru sayap pesawat yang ketika itu berada pada ketinggian 35,000 kaki tercabut.

Dalam kejadian itu, satu skru pada fairing pesawat Air China itu hilang manakala yang lain kelihatan longgar sehingga bergegar di tapaknya.

Imej itu dirakamkan pada pesawat Air China CA1921 yang melakukan penerbangan dari Beijing ke Hengyang pada 7 Julai lalu.



Penumpang yang ketakutan bertindak memuatnaik rakaman itu di laman sosial, Weibo dan menjadi tular.

Pihak Air China mengeluarkan kenyataan bagi meyakinkan pelanggan bahawa mereka segera melakukan pemeriksaan pada bahagian pesawat yang berkaitan, dan membaiki skru longgar serta memeriksa rangkaian flit yang lain.

“Air China sangat memandang serius isu skru longgar pada fairing kanu di sayap kiri penerbangan Air China CA1921 yang dikongsi di internet,” jelasnya. 

Namun, pihak syarikat gagal menjelaskan bagaimana kejadian itu boleh berlaku atau sama ada keselamatan penerbangan itu telah terjejas.

Namun, blogger penerbangan popular Qiu Qing menulis di media sosial: “Satu kemungkinan ialah sokongan dalam fairing patah; kemungkinan lain ialah skru longgar akibat getaran jangka panjang pada kedudukan ini.”

Sementara veteran juruterbang, Chen Jianguo berkata kejadian itu tidak memberi impak kepada keselamatan sekiranya satu atau dua kru fairing tercabut.

“Sekurang-kurangnya, walaupun tiada fairing, ini tidak akan menjejaskan keselamatan,” katanya. 

Pesawat dalam rakaman itu merupakan Boeing 737 Next Generation yang dihasilkan di Amerika Syarikat dari 1996 hingga 2019.

Tidak jelas tarikh pembuatannya namun laman web Planespotters.net mengatakan Boeing 737 Air China secara purata berusia 10 tahun.

Satu-satunya kemalangan maut Air China setakat ini ialah pesawat 129 dari Beijing ke Busan terhempas di atas bukit ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae semasa cuaca buruk yang mengorbankan 129 daripada 166 penumpang. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here