Sah! Honda HR-V generasi baharu tawar tiga enjin dengan empat varian, harga bermula RM114,800

1781

Akhirnya, Honda Malaysia melancarkan Honda HR-V generasi baharu dengan ditawarkan tiga pilihan enjin untuk pasaran tempatan.

Malaysia boleh dikatakan pasaran yang sedikit istimewa untuk Honda, kerana menjadi satu-satunya negara yang ditawarkan dengan tiga pilihan enjin untuk SUV kompak itu.

Ia membabitkan enjin:

  • 1.5 liter NA DOHC i-VTEC 4-silinder
  • 1.5 liter VTEC turbo
  • 1.5 liter e:HEV hybrid

Bagi enjin 1.5 liter NA, ia digunakan untuk varian S iaitu spesifikasi yang paling rendah dalam keluarga HR-V. Enjin itu sama seperti yang digunakan pada Honda City Hatchback.



Varian E dan V pula, ia dipadankan dengan rangkain kuasa 1.5 liter VTEC turbo, manakala 1.5 liter e:HEV hybrid untuk varian RS iaitu spesifikasi paling tinggi.

Honda HR-V itu ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Platinum White Pearl, Lunar Silver Metallic, Ignite Red Metallic, Meteoroid Grey Metallic dan Crystal Black Pearl.

Ini perbandingan dimensi dengan model sebelum ini

 

Honda HR-V Semasa

Honda HR-V Serba Baharu

Perbezaan

Panjang

4,346mm

4,385mm

+39mm

Lebar

1,790mm

1,790mm

Tiada perubahan

Tinggi

1,605mm

1,590mm

-15mm

Jarak Roda

2,610mm

2,610mm

Tiada perubahan

Berdasarkan kepada angka itu, Honda HR-V generasi baharu tampak lebih panjang dan rendah berbanding sebelumnya.

Biarpun jarak rodanya sama, kelegaan ruang kaki untuk penumpang belakang sedikit luas dengan penambahan 35mm, selain tempat duduk belakang lebih condong sebanyak 2 darjah.

Ini pula perbandingan mengikut varian:

Harganya pula bermula:

  • Honda HR-V 1.5 S – RM114,800
  • Honda HR-V 1.5 Turbo E – RM129,800
  • Honda HR-V 1.5 Turbo V – RM134,800
  • Honda HR-V 1.5 RS e:HEV – RM140,800

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here