Hilang di Genting, Honda Civic Type R milik warga Singapura ditemui di kondo Sepang

6354

Honda Civic Type R pendaftaran Singapura yang dicuri dari tempat letak kereta pusat beli-belah SkyAvenue di Genting Highlands pada 16 Julai ditemui semula di parki kondominium di Sepang, Selangor pada petang 19 Julai.

Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, kenderaan itu ditampal dengan pelekat warna badan baharu dan nombor pendaftaran Singapura ditukar dengan nombor plat Malaysia.



Menurut China Press, pihak keselamatan kondominium tersebut melihat Civic Type R yang mencurigakan memasuki premis berkenaan. Pihak polis Bentong berkata hatchback itu memasuki parkir kondominium tersebut pada hari kereta itu dicuri jam 6 pagi. 

Justeru itu, pekerja pengawal keselamatan menghubungi pihak polis mengenai kenderaan yang mencurigakan itu selepas menyedari terdapat banyak pelekat perlumbaan ditampal pada badan kereta itu.

Pengawal itu menyedari warna dan ciri kereta itu serupa dengan kes curi tersebut dan pihak polis mengesahkan Civic Type R itu kenderaan yang dicuri serta memuji tindakan pengawal keselamatan itu dalam membantu polis menyelesaikan kes berkenaan. 

Menurut Mothership Singapore, pemilik kereta, Damien berkata berdasarkan pemeriksaan sepintas lalu, rim 18-inci, sistem bunyi dan kamera dikebas oleh pencuri. 

Jelasnya, dia perlu menjalankan pemeriksaan lanjut di sebuah bengkel di Singapura untuk menilai tahap kerugian.

Damien akan memasuki Malaysia pada 25 Julai (Isnin) bersama ibu bapanya bagi mengambil semula keretanya dan membaikpulih kenderaan itu sebaik tiba di Singapura. 

“Paling penting, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada polis Malaysia dan pegawai yang bertanggungjawab kerana memulangkan kereta mendapatkan semula kereta kesayangan saya,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here