“E” pada penunjuk bahan api, bukan maksud ‘Empty’, tetapi….

27678

Bagi semua kenderaan termasuk empat roda atau dua roda, pastinya semua ada penunjuk bahan api sama ada jentera dijanakan enjin pembakaran konvensional atau menggunakan motor elektrik.

Namun bukan semuanya motosikal ada penunjuk bahan api, satu daripadanya adalah Ducati Hypermotard 939.

Bagaimanapun dalam artikel ini, Motoqar mahu berkongsi apa maksudnya huruf ‘F’ dan ‘E’ pada panel penunjuk tangki minyak, yang dipaparkan secara bertentangan kedudukannya.



Jika ‘F’ adalah nama singkatan bahan api dalam keadaan ‘Full’ atau penuh. Sekiranya pada huruf ‘E’ bukannya bererti ‘Empty’ atau kosong. 

Jadi apa maksudnya ‘E’ itu? Huruf ‘E’ pada panel penunjuk kandungan tangki bahan api sebenarnya adalah singkatan ‘Emergency’ atau kecemasan.

Ia adalah satu peringatan kepada pemandu untuk mengisi petrol sebaik sahaja anda melihatnya huruf ‘E’ itu.

Pada ketika itu, tangki anda tidak kosong sepenuhnya. ‘E’ juga bermakna anda mempunyai baki 10 peratus bahan api untuk dipandu atau ditunggang di stesen minyak berhampiran.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here