Kawasaki 250cc rasmi lancar, berikut perbandingan mekanikal vs pesaing lain

4580

Setelah sekian lama menunggu akhirnya pengedar baharu jenama Kawasaki di Malaysia, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) rasmi memperkenalkan tiga model sportbike 250cc.

Berikut model dan harga produk:



  • Modenas Ninja 250: RM18,900 (Metallic Carbon Grey / Metallic Matte Graphite)
  • Modenas Ninja 250 ABS: RM20,500 (Metallic Matte Graphite Grey)
  • Modenas Z250 ABS: RM19,500 (Metallic Spark Black)

Model pemasangan tempatan (CKD) di kemudahan Modenas Gurun, Kedah itu mematuhi regulasi Euro4 yang mana didatangkan dengan enjin 249cc yang menghamburkan kuasa 36.9hp @ 12,500rpm dan tork 23Nm @ 10,000rpm.

Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan constant mesh bersama klac Assist dan Slipper. Ketiga-tiga model berkongsi janakuasa yang sama cuma berbeza daripada segi dimensi.

Model sportbike memiliki lebar 710mm, tinggi (1125mm) dan ketinggian pelana 795mm. Manakala versi naked pula memiliki dimensi lebar 800mm dan tinggi (1060mm). 

Bagaimanapun, kedua-dua produk berkenaan memiliki panjang 1990mm, jarak roda (1370mm), jarak kelegaan tanah (145mm) dan ketinggian pelana 795mm.

Dengan berat jentera 165kg, Kawasaki memilih suspensi teleskopik (depan) dan monoshock (belakang) untuk keselesaan tunggangan.

Keupayaan memperlahankan atau menghentikan jentera sehingga pegun diserahkan kepada brek cakera tunggal 310mm (depan) dan 220mm (belakang).

Daripada segi pencahayaan kesemua model kini didatangkan dengan ciri LED pada lampu utama, belakang dan brek.

Di samping itu, susulan penambahan saham Kawasaki Motors Ltd Motosikal dalam Modenas, kesemua model Kawasaki 650cc kebawah akan dijenamakan semula dibawah jenama nasional itu. 

“Kami amat berbangga berkongsi etos yang sama dengan pihak Kawasaki dalam mengutamakan pelanggan dengan memastikan pelanggan mendapat produk yang berpatutan, berkualiti dan berteknologi tinggi.

“Kami berhasrat membawa penyelesaian yang unik dan pengalaman yang lebih tinggi kepada pasaran dua roda,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan.

Setelah lama vakum di pasaran dan membuat kemunculan semula di pasaran tempatan, berikut perbandingan spesifikasi model 250cc. 

*Model Honda CBR250R tidak lagi ditawarkan di laman sesawang Boon Siew Honda dan spesifikasi yang sportbike Honda tersebut merupakan model 2017 yang dijual pada harga RM21, 940 ketika itu. 

GALERI

KAWASAKI NINJA 250

KAWASAKI Z250

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here