Tiga sindiket curi kereta dan motor Klang tumpas

917

Tiga sindiket curi kereta dan motosikal sejak dua tahun lalu tumpas menerusi Ops Lejang Khas yang dilaksanakan sekitar daerah Klang, baru-baru ini.

Difahamkan, operasi selama tiga minggu yang bermula awal Julai lalu berjaya menangkap 13 suspek termasuk seorang warga asing berusia lingkungan 22 hingga 43 tahun.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, hasil siasatan mendapati mereka menyasarkan motosikal, kereta sedan dan kenderaan pacuan empat roda sebelum meleraikan komponen di bengkel-bengkel haram.



“Suspek kemudian bertindak menukar atau mengusik nombor casis sebelum menjualnya di pasaran gelap.

“Hasil serbuan berjaya merampas enam buah motosikal, tiga kereta, sebuah pacuan empat roda, satu rangka motosikal dan empat enjin motosikal,” katanya.

Polis turut merampas peralatan-peralatan yang digunakan untuk mengubahsuai casis dan enjin kenderaan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM200,000.

Lapan suspek telah dituduh di Mahkamah Klang masing-masing mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here