Tak perlu menunggu Q, wanita ini kongsi guna kabel dapatkan Alza

2175

Perodua Alza baru saja dilancarkan ke pasaran tempatan dan generasi kedua serba baharu sekian lama dinantikan itu mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna MPV.

Pihak Perodua memaklumkan tempoh menunggu MPV berkenaan mengambilmasa sehingga 10 bulan, justeru itu tentunya mereka yang menempah lewat perlu menunggu giliran mendapatkan Alza baharu.



Tetapi lain pula ceritanya seorang pengguna Facebook ini yang tidak segan silu bahkan mendedahkan dapat memiliki MPV berkenaan lebih awal kerana menggunakan ‘orang dalam’.

Dia menjelaskan sepupu bapanya bekerja sebagai pengurus salah satu pusat jualan Perodua.

“Kadang-kadang pembaris juga kita ni, punyalah pusing minta tolong sana sini dapatkan Alza tu. Last-last rupanya manager Perodua branch hakak booking ni sepupu abah je pun.

“Pagi tadi tanya Sales Advisor (SA) bunyi macam lambat lagi. Sejak kemudian baru dapat usha kt manager, SA call bagitahu okey kak. Saya cuba winkan kereta kak bulan ni juga,” tulisnya.

Tidak lama kemudian, wanita tersebut berkongsi wakil jualan tersebut menerima stok baharu dan sudahpun ‘menyimpan’ kereta berkenaan untuk wanita itu.

Dalam hantaran sama, wanita itu mengucapkan rasa syukur kerana urusannya mendapatkan Alza baharu berjalan lancar.

“Syukur Alhamdulilah, atas kegigihan usaha sana sini dari nak apply loan lagi. Semoga kawan-kawan lainpun dipermudahkan urusan masing-masing.

“Boleh dh senyum sikit since dah beberapa bulan hadap masalah kereta lama yang tak settle lagi,” jelasnya. 

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen ada antara mereka yang menyelar tindakan wanita tersebut.

“Tak sangka nak beli kereta pun kena pakai kabel, aku ingatkan nak kerja je kena pakai kabel.”

“Jarang tak bijak cerita semua di media sosial.”

“Menteri cerminan rakyat tuan-tuan dan puan-puan. Jangan cakap menteri itu ini, tengok diri kita dulu ya.”

“Beli kereta pakai cable. Tapi ada hati nak ckp atas “kegigihan usaha sana sini”. Pelik2 je.”

“Mungkin dia dpt unit alza yg digunakan utk crash test asean NCAP. Sebab tu  takperlu tunggu lama.”

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here