Warga emas rupanya gores Honda e Tunku Idris

1333
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergeselan antara kereta nombor pendaftaran Singapura dengan kereta milik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di Jalan Serampang, Taman Pelangi kelmarin.
 
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki berumur 62 tahun itu tampil merakam percakapan di Balai Polis Trafik Johor selepas kejadian mengenai insiden itu tular.
 
Katanya, tiada tangkapan dilakukan terhadap lelaki warga negara Singapura itu selepas dia tampil untuk memberikan keterangan.
 
“Selepas merakam percakapan, warga emas itu dibenarkan pulang dan dibenarkan balik ke Singapura kerana ini bukan kes jenayah.
 
“Sementara itu, polis dalam proses menyiapkan kertas siasatan untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya secepat mungkin,” katanya.
 
Melalui hantaran di Instagram, Tunku Idris turut berkongsi gambar bahagian keretanya yang tercalar dan gambar kereta yang melanggarnya, selain rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden itu.
 
Menerusi rakaman CCTV yang dikongsi, kejadian berlaku pada jam 2.17 petang ketika pemandu BMW bernombor pendaftaran Singapura itu hendak ke ruang parkir yang kosong.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here