Mitsubishi Phantom Plus Edition – 6 sebab kenapa anda perlu miliki trak pikap ini

1912

Mitsubishi Motors Malaysia secara rasmi melancarkan varian edisi terhad trak pikap Triton yang digelar sebagai Phantom Plus Edition.

Buat peminat trak pikap, ini adalah satu pilihan yang anda perlu miliki. Triton Phantom Plus Edition direka khas untuk pelanggan yang memiliki gaya hidup yang serba aktif di luar sana.

Ini fakta yang unik buat Triton Phantom Plus Edition membabitkan:

  1. Didatangkan dengan edisi terhad. Ini kerana ia hanya ditawarkan1,000 unit sahaja dan didatangkan warna tunggal Jet Black.
  2. Dari segi luaran, Triton Phantom Plus Edition didatangkan dengan hiasan bumbung, pencahayaan LED, serta elemen merah pada bahagian bampar depan dan belakang.
  3. Penambahan bahagian pintu sisi, tailgate, spoiler belakang, bar sports dengan kemasan kusam. Ia juga dipadankan sarka roda yang lebih ranggi melindungi rim aloi bersaiz 18 inci kemasan hitam berkilat.
  4. Dipadankan tayar Yokohama Geolander all-terrain, selain diletak pelekat badan Phantom Plus bagi melengkapkan lagi penampilannya. 
  5. Ruang kabin didatangkan kerusi sporty balutan kulit leatherette, alas karpet kemasan merah. Pada papan pemuka diletak skrin infotainmen sembilan inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto secara standard.
  6. Ia juga dilengkapi Perakam Video Pemanduan (DVR) yang ditawarkan penjual sah MMM sebagai standard.

Triton Phantom Plus Edition masih lagi mengekalkan enjin 2.4 liter diesel turbo MIVEC yang mampu menyalurkan 181 PS dengan tork setinggi 430 Nm. Ia juga dipadankan sistem Easy Select 4WD dengan mod off-road.



Biarpun bersifat sebagai sebuah trak pikap, Triton masih lagi mudah dikendalikan dengan memiliki radius putaran 5.9 meter terutama di kawasan parkir atau laluan sempit.

Bagi ciri keselamatan, ia dipadankan ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Aktif (ASC), Kawalan Cengkaman (TC), Peringatan Rehat, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Bantuan Menurun Cerun (HDC), Bantuan Kestabilan Trailer (TSA), serta sistem rakaman video pemanduan (DVR).

Triton Phantom Plus Edition  dijual bermula dari RM139,700 atas jalan tidak termasuk insurans. Ia didatangkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan 200,000 km yang mana tiba dahulu.

Bagi tahun kewangan 2021 (April 2021-Mac 2022), Mitsubishi Triton kekal sebagai trak pikap kegemaran di Malaysia, dengan 9,420 unit terjual dengan peningkatan 24 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pada tahun ini bagi tempoh Januari sehingga Jun 2022, sebanyak 4,820 unit Triton sudah terjual dengan peningkatan 44 peratus berbanding tempoh sama pada 2021.

Selain itu, ini harga barisan Triton yang ditawarkan oleh MMM:

  • Triton Quest – RM81,390
  • Triton MT – RM103,200
  • Triton AT – RM107,990
  • Triton MT Premium – RM 116,200
  • Triton AT Premium – RM126,900
  • Triton Athlete – RM146,600
  • Triton Phantom Plus Edition – RM139,700

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here