Sebelum ini, heboh di media sosial antarabangsa berhubung jentera kompak yang bakal bersaing dengan Honda Jazz. Nampaknya, pengeluar daripada India cuba menerokai dalam segmen berkenaan selepas memperkenalkan Tata Altroz di Geneva Motor Show 2019.
Tata Altroz dibangun menggunakan platform ALFA yang mana ia boleh dijana dengan enjin hibrid, elektrik atau konvensional.
Bagaimanapun, kami tidak mempunyai maklumat lengkap berhubung jentera ini. Cuma difahamkan ia akan menggunakan enjin 1.2 L turbocharged Revotron dengan transmisi manual atau automatik enam kelajuan.
Berdasarkan laporan auto.ndtv.com, Tata Altroz bakal memasuki pasaran India pada pertengahan tahun ini.
Ia dijangka dijual pada harga INR600,000 sehingga INR800,000 (RM35,000-RM46,654)