“Hasil titik peluh kami, senang-senang orang salah guna, cipta akuan palsu…” – Boss James

2818

Buat pengguna TikTok, pasti anda kena influencer Boss James ini yang mempunyai pengikut sehingga 3.2 juta.

Dalam satu post terbaru di TikTok, Boss James memaklumkan hasil peluhnya selama ini senang-senang disalah guna oleh pihak lain untuk cipta akaun palsu.

@bossjames_oe ❤️‍🩹 #bossjames #berjayamegamotors #tiktokguru #inspirasi #viral #malaysia #foryou #fyp #tiktok ♬ original sound – Boss James



Menurutnya lagi, dia hanya ada satu akaun di Facebook, Instagram dan TikTok, selain kenal pasti dahulu yang mana betul.

“Hati-hati dengan akaun palsu dan yang paling penting sekali pelihara data peribadi anda,” katanya.

Video itu dibuat selepas ada individu tidak bertanggungjawab menggunakan namanya dikatakan mahu memberi hadiah berupa sebuah motosikal Yamaha MX King 150 dan wang tunai bernilai RM7,000 kepada orang ramai secara rawak.

Namun perkara itu sempat dikesan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan dengan mengatakan akaun itu adalah palsu. 

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan menerusi di Facebook, 

“Jangan mudah terpedaya dengan hebahan yang dimuatnaik oleh individu tidak bertanggungjawab bagi mengaut keuntungan dari kelalaian anda,” 

Pada masa sama, Boss James juga mengucapkan terima kasih kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan diatas pendedahan terbabit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here