Rakam video dan tangkap – Cara terbaru membendung lumba haram

1477

Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan sedang berusaha dalam membendung kegiatan lumba haram dengan mengubah akta yang sedia ada.

Menerusi satu hantaran di Facebook PDRM Pulau Pinang, ia memfokuskan bukan sahaja suspek pelumba haram, malah penonton dan juga bengkel yang membuat modifikasi kenderaan bagi tujuan perlumbaan. 



Hukuman akan dikenakan juga akan dipinda mengikut kesesuaian untuk memberi pengajaran kepada pesalah, bukan sahaja denda dinaikkan, malah bakal dikenakan penjara.

Kesalahan dilakukan melalui pembuktian-pembuktian seperti rakaman video

Pada masa sama, PDRM dan JPJ berkolaborasi bersama membendung kegiatan lumba haram dengan pendekatan mengurangkan risiko dalam penguatkuasaan undang-undang. Ia dimana tangkapan ke atas suspek-suspek pelumba haram akan dibuat selepas kesalahan dilakukan melalui pembuktian-pembuktian seperti rakaman video. 

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak yang dipetik menerusi Utusan Malaysia berkata, pendekatan itu satu cara baharu pihak berkuasa untuk membendung kegiatan mat rempit dan dalam masa sama keselamatan pengguna jalan raya yang lain turut dapat dipelihara.

Menurutnya, sebelum ini pihak polis dan JPJ akan berada di lapangan untuk melakukan ‘serang hendap’ terhadap mereka yang terbabit dengan kegiatan mat rempit.

Katanya, bagaimanapun cara itu membahayakan anggota penguat kuasa serta mereka yang berada di lokasi-lokasi berhampiran dengan kegiatan lumba haram.

”Kita ambil pendekatan secara defensif iaitu menggunakan kamera untuk melihat dan memperoleh gambar suspek yang terbabit. 

“Selepas itu, polis akan menahan suspek sama ada di rumah atau di premis tempat kerja mereka,” katanya dalam Sidang Media “Isu Mat Rempit” di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Hadir sama, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd. Zain dan Pengarah Jabatan Siasatan; Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim dan Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here