Dah kena tangkap! Lelaki ditangkap cabar polis, siar aksi merempit di Tiktok

1342

Tindakan seorang lelaki memuat naik video merempit dan mencabar polis di Tiktok membawa padah apabila dia ditangkap tidak lama selepas rakaman itu viral di media sosial.

Dalam beberapa video yang tular sejak beberapa hari lalu, lelaki berkenaan memuat naik video beberapa motosikal mempamerkan aksi bahaya di lebuh raya dan mencabar polis menangkapnya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof memberitahu Harian Metro, lelaki berkenaan ditangkap semalam di bandar ini dan polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha LC135 milik suspek.



Katanya, kumpulan itu menunggang motosikal dengan bersaing sesama sendiri sambil melakukan perbuatan zig-zig, menundukkan kepala serta merapatkan badan ke motosikal atau aksi ‘Superman’,” 

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku 17 Julai lalu di Kilometer (KM) 38 sehingga KM 43 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) menuju arah selatan pada jam 2 pagi.

“Ia membabitkan motosikal jenis Yamaha LC 135 berwarna biru hitam tanpa nombor pendaftaran yang ditunggang lelaki berumur 20 tahun seorang diri disyaki pemilik akaun berkenaan.

“Suspek dilihat sedang melakukan aksi menunggang secara melulu dan bersaing di lorong tengah lebuh raya bersama beberapa motosikal lain,” katanya.

@d4nl5h motor dah lemau pon dpn ekzos open 🥲#fypシ #foryoupage #xyzbca #v1buruk🔥 #fyp ♬ original sound – Nishhh.V.1.Buruk – NishV1Buruk

Semakan lanjut mendapati suspek turut memuat naik satu video mengeluarkan kata-kata mencabar polis selepas dapat melepaskan diri daripada ditahan ketika Op Samseng Jalanan dijalankan. 

@d4nl5h Reply to @mlssangat nah kalau rasa ok buat lah sound✅😂kalau tak #fyp ♬ original sound – NishhhG0ne – NishV1Buruk

“Hasil daripada video yang diperolehi, pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan berjaya mengesan dan menahan suspek.

“Kami menahan lelaki berumur 20 tahun serta merampas motosikal jenis Yamaha LC135 berwarna biru hitam di kawasan Sikamat.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan bersaing di lokasi berkenaan pada tarikh 17 Julai lalu dan mengaku menyunting dan memuatnaik video mencabar polis,” katanya.

Menurutnya, suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here