Kereta trek tanpa sekatan, Rodin FZERO bakal dijual

957

Tiga tahun selepas memperkenalkan kereta trek FZERO, pengeluar kereta New Zealand, Rodin Cars mengesahkan jentera itu akan dikeluarkan untuk dijual.

Rodin Cars memberitahu, hanya 27 buah FZERO yang akan dijual dengan keluaran pertama dijangka pada 2023 tetapi harga jentera itu masih belum diputuskan.

FZERO direka tanpa sebarang sekatan untuk kereta di atas jalan raya atau regulasi kereta lumba dan tujuannya semata-mata adalah untuk menjadi yang terpantas di litar.



FZERO hanya direka untuk menjadi yang terpantas di litar.

Hanya kegunaan trek

Keadaan itu menyebabkan FZERO tidak boleh digunakan di jalan raya dan kemungkinan menyertai mana-mana perlumbaan yang sah.

Seperti jentera trek lain, FZERO sangat ringan iaitu seberat 698 kilogram (kg) dan seluruh badannya dibina daripada bahan karbon fiber.

Kereta itu memiliki panjang 5,500mm dan selebar 2,200mm serta semua bahagian karbon fiber dihasilkan oleh syarikat itu sendiri.

Jentera itu didatangkan dengan enjin V10 4 liter turbo berkembar daripada Rodin and Neil Brown Engineering. Beratnya hanya 132kg yang dianggap enjin V10 paling ringan dan kompak yang pernah dibina.

Enjin V10 paling ringan dan kompak yang pernah dibina.

Enjin itu mampu mengeluarkan kuasa 1,159hp dan 1,026Nm @10,000 rpm. Semua komponen lain termasuk sistem brek, rim dan tayar juga dilengkapi dengan komponen berprestasi tinggi.

FZERO yang mencatatkan kelajuan tertinggi 360 kilometer sejam dikatakan menghasilkan downforce atau daya bawah hingga 4,000 kg dan mampu menewaskan rekod terpantas kereta Fomula 1 di litar lumba.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here