Alva One motosikal elektrik Indonesia rasmi dilancarkan

893

Syarikat teknologi Indonesia, PT Ilectra Motor Group (IMG) secara rasmi melancarkan motosikal elektrik pertama firma itu yang dikenali sebagai Alva One pada Pameran Kenderaan Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) di Tangerang, Banten.

Pengarah Urusan IMG, Rainier Haryanto sudah dikeluarkan di kilang di Tangerang, Banten dan dijangka dapat mengeluarkan kira-kira 100,000 unit setahun.

Alva One yang dipamerkan di Pameran Kenderaan Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) di Tangerang, Banten, Indonesia. – KOMPAS.com/KRISTIANTO PURNOMO)

Menurutnya, Alva One dibangun dengan teknologi industri 4.0 dan menggunakan teknologi pemanduan kenderaan automatik (AGV).



ALVA ONE mempunyai tiga mode pemanduan iaitu Eco, Cruise dan e-sport serta boleh bergerak sejauh 70 kilometer bila dicaj penuh.

Alva One yang dipamerkan di Pameran Kenderaan Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) di Tangerang, Banten, Indonesia. – KOMPAS.com/KRISTIANTO PURNOMO)

Motosikal elektrik ini dilengkapi dengan motor yang mampu memecut selaju 90 kilometer sejam dan memiliki 46.5 Nm daya kilas.

Ia dijangka dijual pada harga sekitar Rp34 juta (RM10,113) di negara itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here