2 RXZ peserta RXZ Members kena curi di homestay di Terangganu

2052

Dua peserta program RXZ Members 4.0 berputih mata selepas motosikal kesayangan mereka dicuri dalam satu kejadian di rumah inap desa di Kampung Pak Tijah di Kuala Nerus, Terangganu pada awal pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, pencuri itu bertindak memotong pagar dan mengunci rumah berkenaan dari luar sebelum melarikan dua motosikal RXZ yang diparkir di luar.

Motosikal RXZ yang hilang

Mohamad Adib Md Saleh, 31, yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan rakannya, Muhamad Nor Hafiz Yahaya, 34, menyedari motosikal mereka hilang ketika bangun untuk solat subuh pada jam 6 pagi.



“Awal pagi tadi saya rasa tak sedap hati, saya intai ke luar rumah inap dan perasan motosikal saya sudah hilang.

Motosikal RXZ yang hilang

“Bila nak buka pintu rumah, ketiga-tiga pintu depan, kiri dan kanan rumah tidak boleh dibuka kerana ia dikunci menggunakan kunci mangga dari luar,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Katanya, dia dan lapan lagi rakannya yang menginap di rumah itu terpaksa meminta bantuan bomba untuk memotong kunci untuk keluar.

@zarriqzmachine1

Tiga buah RXZ dilaporkan hilang di Terengganu. Datang jauh² motor pulak kena curi.. Naya ke orang bang.. Dah susah orang nak balik. Mohon share dan pakat² bantu semua. Kredit 📸 to owner

♬ bunyi asal – Mohdzulhafiz

Mohamad Adib berkata, dia bersama rakannya tiba di Terengganu pada awal pagi Jumaat lalu untuk menyertai himpunan RXZ Member 4.0 2022 di Litar Permotoran Terengganu, Kompleks Sukan Gong Badak yang berlangsung pada Sabtu.

Katanya, konvoi mereka sepatutnya bergerak pulang ke Kuala Lumpur pagi hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here