Volvo XC60 pacuan enam roda, hanya satu di dunia?

878

Volvo tiada lagi barisan produk trak pikap yang mana jenama Sweden itu hanya memiliki rangkaian model sedan, wagon, crossover dan SUV.

Bagaimanapun, model yang anda lihat ini mungkin hanya ada satu saja di dunia dan sangat jarang boleh dilihat. Bahkan tidak banyak tranformasi SUV dijadikan trak pikap dan dilengkapi dengan enam tayar.



Volvo XC60 itu dikesan di jalan raya awam Stockholm, Sweden. Model ‘rare’ itu dikatakan dihasilkan oleh syarikat Dalbo Fordonsteknik, yang turut pernah menghasilkan XC70 pacuan empat roda dan XC90 pacuan enam roda.

Berdasarkan video pendek yang dikongsi, perubahan paling ketara adalah gandar tambahan di belakang, pelantar kargo, cermin belakang dan bar lampu LED serta bar pelindung di depan.

Tidak seperti trak pikap standard pacuan empat roda lain yang memerlukan rekaan bentuk semula, trak pikap Volvo itu memerlukan kerja badan tambahan.

Pada asasnya, selepas memotong semua panel badan belakang dan membentuk semula tingkap belakang, pemilik perlu menambah badan belakang sebagai ruangan kargo. 

Selain itu, menurut video keenam-enam roda Volvo tersebut  berfungsi yang meningkatkan lagi hasil tukangan dan modifikasi.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here