Demi jimat wang, pemuda ini pilih Proton Saga Iswara berbanding Myvi

5914

Adakah ‘hina’ atau salah memandu kereta lama?. Mungkin ada segelintir pengguna yang memandang sinis pengguna kereta lama terutamanya yang sudah berusia lebih daripada 10 tahun.

Namun, pemikiran setiap pengguna tidak sama. Ada sebahagian daripada pemilik kereta lama ini menganggap tiada keperluan mendapatkan kereta baharu sedangkan model yang lama masih boleh digunakan. 



Begitu juga bagi pemuda berusia 29 tahun ini yang berbangga dengan Proton Saga Iswara yang diwarisi daripada datuknya.

Ketika mula menerima hatchback itu, kereta tersebut tidak berada dalam keadaan baik yang memerlukan restorasi tambahan bagi mengembalikan semula keadaan asalnya.  

Pada zaman itu Ken tidak mampu memiliki sebuah kereta baharu yang murah kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti. 

“Pada 2018, keadaan kereta tidak begitu OK kerana tidak diselenggara dengan baik. Banyak pembaikan dan pemulihan diperlukan untuk mengembalikannya kepada bentuk asal.

“Cadangan alternatif segelintir pihak ketika itu adalah mendapatkan kereta baharu untuk ketenangan fikiran dengan mencadangkan Perodua Myvi 1.3G (manual) termurah, berharga RM44,300.

“Sebagai seorang graduan baru, saya tidak mempunyai RM44,000 untuk membeli Myvi. Cara yang ada adalah meletakkan RM4,000 untuk bayaran muka dengan pinjaman RM40,000 selama 9-tahun.

“Kadar faedah yang saya dapat ketika itu ialah 3.51 peratus dengan ansuran bulanan RM487 hingga 2027. Ini tidak mengambilkira kos lain seperti servis dan penyelenggaraan,” tulisnya.

Ketika pertama kali berkongsi penjimatan kos penyelenggaraan di media sosial dua tahun lalu, netizen memuji keputusannya memilih kestabilan kewangan berbanding imej.

Dia baru-baru ini mengemaskini pengalamannya memandu kereta lama di Facebook, mengatakan tidak menyesal memilih Proton Saga Iswara tersebut. 

Jelasnya sehingga kini dia menghabiskan kira-kira RM9000 termasuk servis biasa (minyak hitam), cat badan baharu, baik pulih bahagian atas enjin, dan lain-lain kecuali insurans dan cukai jalan.

Kemungkinan nilai tersebut kelihatan agak besar namun jika dibahagikan dengan tahun pemilikkan, Ken menghabiskan kira-kira RM2,250 setahun iaitu RM187.50 per bulan. Ia adalah angka komitmen  jauh lebih rendah berbanding ansuran bulanan kereta baharu. 

Bahkan, Ken menjelaskan walaupun sudah lima tahun bekerja dia masih memilih Proton lama berkenaan dan tidak ada keperluan untuk membeli sebuah kereta baharu. 

Jelasnya apa yang penting adalah menyimpan duit sekiranya berlaku kecemasan, merancang masa depan dan melakukan pelaburan. 

Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen antaranya menganggap sudah tiba masanya Ken menukar kepada kenderaan baharu kerana usianya mencecah 30-an.

Selain itu, ada juga yang mengulas bahawa dia perlu membeli kereta baharu kerana dilengkapi dengan ciri keselamatan lebih moden.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here