Proton sah daftar nama Proton X50

7133

Nampaknya spekulasi tempoh hari adalah benar, apabila Proton disahkan sudah mendaftar tanda dagangan (trade mark) Proton X50. Model ini dijangka menjadi model kedua yang akan dipasang di Tanjung Malim selepas X70.

Menurut Carlist.my, carian di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengesahkan nama X50 akan digunakan oleh pengeluar automotif pertama Malaysia itu.



Proton X50 akan dibina berdasarkan Geely SX11 (Geely Binyue) yang boleh didapati dengan dua pilihan powertrain.

Pertama ialah 1.5-liter yang dibangun bersama Volvo, menghasilkan 174 hp dan 255 Nm, dipadan dengan transmisi dwi-klac tujuh-kelajuan.

Pilihan kedua pula ialah unit 1.0-liter yang berkemampuan menghasilkan 134 hp dan 205 Nm tork, dengan transmisi manual enam-kelajuan.

X50 juga dipercayai akan dilengkapi sistem pemanduan autonomi tahap dua, sistem infotainmen GKUI serta brek kecemasan automatik sebagai ciri standard.

Proton telahpun membuat ujian jalanraya bagi prototaip X50 ini beberapa minggu lepas.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here