Ducati Multistrada V4 – Model paling laris Ducati enam bulan pertama tahun ini

659

Biarpun berdepan cabaran krisis bekalan dan logistik yang berterusan, Ducati menamatkan enam bulan pertama tahun ini dengan keputusan cemerlang.

Bermula Januari hingga Jun 2022, perolehan hasil meningkat sebanyak 5.4%, daripada 514 kepada 542 juta Euro (RM2.45 bilion), sekali gus menjadi angka tertinggi pernah dicatat oleh pengeluar motosikal itu.

Dalam tempoh berkenaan, Ducati sudah menghantar 33,265 motosikal kepada pelanggan dengan penurunan 3.6% berbanding tempoh yang sama pada 2021 (34,515). 



Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali berkata, 2022 terbukti menjadi tahun yang lebih mencabar, walaupun permintaan kukuh daripada pelanggan.

“Kami berjaya memperoleh keputusan yang memuaskan dengan mengambil kira konteks operasi, terutamanya dari segi pendapatan, yang terbaik pernah dicatatkan dalam enam bulan pertama tahun ini,” katanya.

Itali menjadi pasaran pertama Ducati dengan 6,028 penghantaran, diikuti oleh Amerika Utara dengan 5,239 unit, Jerman (3,745) dan Perancis (2,647). China pula mencatatkan peningkatan 12% dengan penghantaran 2,411 motosikal.

Mengikut model pula, Multistrada V4 kekal sebagai motosikal terlaris dengan mencatatkan 6,139 unit diikuti Monster (4,776) dan keluarga Scrambler Ducati 800 (3,999).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here