Maserati mempersembahkan Projek24. Projek siri terhad kereta sukan super untuk meningkatkan prestasi tanpa had jenama itu ke tahap baharu di trek.
Kereta trek kegunaan di dalam litar itu mewarisi spesifikasi Maserati MC20, cuma ada peningkatan spesifikasi teknikal yang lebih baik.
Project24 mempunyai rupa baharu sepenuhnya dengan reka bentuk Maserati yang paling ekstrem, bebas daripada kekangan yang biasanya dilihat dalam kereta lumba.
Hasilnya adalah sesuatu yang tidak pernah dilihat sebelum ini, menggabungkan kecantikan dengan keupayaan sporty tulen untuk menjadi barangan pengumpul klasik segera.
Kini enjin V6 Nettuno dilengkapi pengecas turbo baharu untuk meningkatkan kuasanya kepada 740 hp yang mana outputnya itu disalurkan ke transmisi enam kelajuan berjujukan.
Pada masa sama, ia didatangkan sistem penggantungan yang inovatif, sistem brek seramik karbon dan tayar yang ditala untuk perlumbaan serta ciri keselamatan kelulusan FIA.
Ia juga lebih ringan iaitu di bawah 1,250 kg dengan nisbah kuasa-kepada-berat kira-kira 1.69 kg/hp.