#RetroAuto: Modenas Dinamik kapcai 2-lejang diminati di Indonesia…

3396

Modenas Dinamik tidak lagi dipasarkan di Malaysia yang mana pengeluarannya sudahpun dihentikan.

Namun, stok kapcai berkenaan masih ada di kedai motor yang mana harga jualan dianggarkan RM6,000 hingga ke RM8,000 (atas jalan tanpa insurans) bagi model stok lama baharu (NOS).



Selain itu, produk 2-lejang Modenas itu juga merupakan motor alternatif buat Yamaha 125ZR yang agak mahal. 

Tahukah anda sebenarnya Dinamik 120 bukan sekadar dijual di pasaran tempatan namun kapcai tersebut pernah menjengah pasaran Indonesia bahkan Greece. 

Di Greece kehadiran model itu diterima dengan baik bahkan ‘meletup’ dalam kalangan pengguna. Siapa sangka, Modenas juga memasarkan kapcai tersebut di Indonesia yang popular dengan segmen skuter.

Bahkan, difahamkan permintaan kapcai tersebut masih ada dalam kalangan pengguna Indonesia. Jika anda perhatikan pada grup Facebook Modenas Dinamik Indonesia, ada beberapa pemilik yang ingin ‘menolak’ motor tersebut yang kebanyakan di Sumatera.

Ini kerana Modenas Dinamik 120 lebih tepat dipasarkan di pulau Sumatera seperti Riau dan Medan menerusi wakil jualan rasmi pada 2005. Ketika itu, kapcai tersebut dijual pada harga Rp24 juta (RM7,260).

Menurut seorang pengguna Modenas Dinamik berwarna kuning, Jati Wahyu Aji, dia tertarik dengan kapcai berkenaan kerana jarang ditemui di Indonesia.

“Saya berniatan punya, kerana ingin mencuba tuning Modenas Dinamik yang katanya pakai mesin Kawasaki Leo Star,” katanya yang juga pengumpul dan mekanik dari Magelang, Jawa Tengah.

ACAH MOPED SPORT 90-an

Jom kita imbas model 2-lejang Dinamik 120 ini. Daripada segi rekaan, Modenas Dinamik terlihat sporty acah moped sport 90-an. Bermula daripada badan yang runcing sehinggalah suspensi monoshock.

Bahagian kaki Modenas Dinamik diambil daripada Kawasaki Leo 120SS, iaitu motor ‘ayam jaguh’ yang legenda di Asia Tenggara. 

Fork teleskopik depan dengan rim tetuang lima jejari putih merupakan ciri standard dan suspensi belakang monoshock adalah yang pertama diperkenalkan untuk motosikal Modenas.

Kawasaki Blitz

Jika diperhatikan, lampu Dinamik juga mirip dengan Kawasaki Blitz 115 manakala bahagian enjin sama seperti yang digunakan Kawasaki Leo meskipun ada perubahan.

Walaupun sudah lulus emisi Euro-2, ekzos dipakaikan dengan katalik konverter. Menggunakan enjin 118cc silinder tunggal sejukan udara, Dinamik menghasilkan kuasa  17hp @ 9,000 rpm dan tork maksimum 14.1Nm @ 8,000 rpm.

Motor dengan berat 98kg itu kemudian dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan yang mana kelajuan maksimumnya mampu mencapai 140kmj dan mencecah 180kmj jika dimodifikasi.

Modenas Dinamik 120  didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu merah, kuning, jingga dan biru. Bagi pilihan warna merah dan kuning dipasarkan pada 2015, manakala pilihan warna jingga dan biru diperkenalkan sejak 2017.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here