Satu klip video menunjukkan momen mendebarkan apabila perompak yang menyarung baju perkhidmatan Deliveroo cuba memecahkan cermin Bugatti Chiron menggunakan penukul di tengah jalan kota London.
Tindakan nekad peragut itu dikatakan ingin menyamun jam tangan Rolex pemandu hypercar berkenaan. Pemilik merupakan Abdullah F. Al Basman sering mempamerkan kehidupan mewah di media sosial berkaitan kereta sport dan koleksi jam tangan mewah.
Ketika kejadian Abdullah dikatakan menyarung jam tangan Platinum Rolex Daytona bernilai £110,000 (RM580,377). Video itu menunjukkan perompak cuba memecahkan cermin hypercar ketika berhenti di lampu merah Park Lane berhampiran Hyde Park Corner, Mayfair.
Perompak itu cuba memecahkan cermin Chiron tersebut beberapa kali tetapi gagal dan jutawan Kuwait itu segera memecut laju bagi menyelamatkan diri.
View this post on Instagram
Kumpulan perompak itu dipercayai mengekori mangsa dari Hotel Berkeley sebelum cuba menyamun dan ada saksi mendakwa mereka turut membawa parang.
Pihak polis percaya kejadian itu mempunyai kaitan dengan satu kes serangan terhadap seorang lelaki berusia 40-an yang jam tangannya dicuri di Mayfair pada hari sama.
Same guys targeting a different person pic.twitter.com/DyTKiWaAOl
— London & UK Street News (@CrimeLdn) August 21, 2022
Seorang saksi menjelaskan perompak tersebut berada di luar hotel pada pagi kejadian dan pekerja meminta mereka beredar.
“Apabila Abdullah keluar dengan Bugattinya, mereka mula mengekori sehingga ke Hyde Park Corner. Seseorang membunyikan hon sebagai isyarat untuk mula menyerang.
“Saya menganggap mereka sedang menunggu simpang yang mereka tahu lampu merah yang lama supaya mempunyai masa untuk menyerang mangsa,” jelasnya.
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar