Seorang lelaki berusia 36 tahun mencuri sebuah Mazda6 namun tindakan kurang bijaknya menuruni tangga di sebuah stesen bas dan kereta api di Sepanyol mengundang padah.
Dalam insiden itu tiada yang cedera termasuklah pencuri berkenaan namun pihak bomba Madrid perlu datang membantu mengeluarkan kenderaan berkenaan. Ini kerana sedan tersebut tersekat di antara rel tangan kiri dan kanan tangga.
Tetapi suspek keluar menerusi tingkap namun berjaya ditahan polis. Walaupun tidak cedera pihak polis tetap membawa suspek ke hospital berhampiran untuk rawatan.
Laporan menyatakan pencuri Mazda6 tersebut melalui lorong khas bas di Plaza Eliptica kemudian merempuh pintu kaca berkembar stesen tersebut lalu menuruni tangga.
Mujurlah kejadian berlaku tengah malam dan stesen yang dibuka dari jam 8 pagi hingga 8 malam itu sepi.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar