Toyota China tampil khas Bunta Fujiwara dalam iklan GR86

1256

Toyota nampaknya kini menggunakan budaya pop untuk mempromosikan produk yang memiliki nilai sejarah.

Sebelum ini, pendekatan iklan menggunakan anime digunakan pada model Corolla dan GR86 yang tampil acah Initial D.



Terkini, model yang begitu popular dengan kisah penghantar tauhu itu kembali lagi menerusi iklan anime. Difahamkan iklan milik Toyota China itu bagi mempromosikan kereta sport terbaharu berkenaan. 

Kali ini, Toyota China bukan saja menampilkan GR86 beraksi duet dengan AE86 moyangnya tetapi turut menampilkan Bunta Fujiwara. Iklan tersebut melakonkan semula aksi perlumbaan antara dua beranak berkenaan dalam siri anime berkenaan. 

Di awal video menunjukkan perlumbaan antara Takumi Fujiwara dan Shinji Inui menuruni bukit Akina. Cuma bezanya Shinji menggunakan Toyota 86 ZN6 bukannya AE86 Coupe. 

Menggunakan teknik menutup lampu Takumi berjaya memintas Shinji. Ketika inilah watak utama iklan tersebut muncul memandu Toyota GR86 berwarna merah memintas Shinji lalu mengejar Takumi.

Babak minit 0:33 saat itu mengembalikan semula lakonan Bunta bersaing dengan anaknya dalam siri anime cuma Bunta tidak memandu Subaru Impreza WRC melainkan model baharu Toyota. 

Aksi persis dalam siri anime dan komik itu menunjukkan Takumi tiba-tiba melihat kilatan cahaya di cermin pandang belakangnya. Dia yang menyedari ada kereta di belakangnya dan terfikir sama ada mahu membiarkan pemandu itu melepasinya atau sebaliknya.

Takumi mencabar pemandu tersebut dan selepas beberapa pusingan kereta berkenaan tidak goyah atau berundur. Takumi menyedari pemandu kereta merah berkenaan merupakan pencabar barunya yang berbahaya.

Berasa terancam, dia memutuskan untuk menggunakan ‘gutter run’ di lima selekoh tajam  untuk mengalahkan lawannya. 

Cuma dalam iklan tersebut Takumi dapat melihat siapakah pemandu sebenar ketika lawan memintasnya lalu mendapati pemandu Toyota GR86 adalah Bunta. Di akhir video mereka bertemu di kedai dan Takumi terpinga melihat kenderaan baru bapanya.

Sedangkan dalam siri anime beberapa hari kemudian barulah Takumi menyedari Bunta membeli kereta baharu Subaru Impreza dan individu yang mengalahkannya di bukit Akina adalah bapanya sendiri. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here