Berita mengenai pergaduhan itu beredar selepas agensi siasatan udara Perancis, BEA, mengeluarkan laporan pada hari Rabu mengatakan segelintir juruterbang Air France kurang ketelitian dalam menghormati prosedur semasa insiden keselamatan.
Laporan itu turut menyebut tentang kebocoran bahan api penerbangan Air France dari Brazzaville di Republik Congo menuju Paris pada Disember 2020. Juruterbang mengalihkan laluan pesawat tetapi tidak mematikan kuasa ke enjin atau mendarat secepat mungkin, seperti yang ditetapkan prosedur.
Pesawat itu selamat mendarat di Chad, tetapi berdasarkan laporan BEA memberi amaran risiko enjin terbakar.
Air France memberi maklum balas akan menjalankan audit keselamatan dan berjanji untuk mengikuti saranan BEA. Termasuk membenarkan juruterbang mengkaji penerbangan dan membuat manual latihan lebih ketat tentang mematuhi prosedur.
Syarikat penerbangan itu menyatakan bahawa mereka menerbangkan beribu-ribu penerbangan setiap hari dan laporan itu hanya menyebut empat insiden keselamatan.
Kesatuan juruterbang Air France telah menegaskan bahawa keselamatan adalah yang terpenting kepada semua juruterbang dan mempertahankan tindakan juruterbang semasa situasi kecemasan.
BEA juga menyiasat insiden pada April yang melibatkan penerbangan Air France dari lapangan terbang JFK New York yang mengalami masalah kawalan penerbangan ketika mendarat di Paris.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar