MODENAS dan Allianz General tawar lanjutan waranti tambahan hingga 4-tahun atau 85,000km

1277

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, memperkenalkan program lanjutan jaminan baharu (EW), yang merangkumi waranti tambahan 2 tahun atau 85,000KM untuk model yang dijual dan didaftarkan mulai 1 September 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, jika mahukan perlindungan yang lebih daripada apa ditawarkan oleh MODENAS, program EW menawarkan perlindungan pelbagai peringkat serta bersesuaian dengan keperluan motosikal. 

Menurutnya, program EW melindungi motosikal daripada kos baik pulih yang tinggi akibat kerosakan mekanikal dan elektrikal, selain ia menggunaan alat ganti MODENAS tulen.



“Dengan peningkatan permintaan untuk menyelenggara dan baik pulih motosikal yang menelan belanja sebanyak satu perlima daripada harga asal, syarikat menyediakan pilihan tambahan untuk pelanggan kami seperti program “EW” ini untuk mengelakkan kos pembaikan yang tidak dijangka.

“Tambahan pula, pertumbuhan industri motosikal juga dibantu oleh lanjutan jaminan yang ditawarkan oleh pengeluar, yang memastikan produk itu dilindungi walaupun sudah bertukar kepada pemilik baharu,” katanya.

Program EW ialah pilihan jaminan pihak ketiga, yang ditawarkan oleh rakan kongsi insurans MODENAS, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) yang berfungsi sebagai penyedia program EW dan Allianz Partners Malaysia (APM) yang akan menyediakan khidmat tunda. Program EW meliputi kerosakan motosikal yang tidak dijangka bagi semua komponen mekanikal dan elektrikal.

Beberapa ciri-ciri penting yang ditawarkan di bawah Program MODENAS EW termasuk:

  • 24/jam, 365 hari “Roadside Breakdown Assistance” (RBA).
  • RBA” menawarkan perkhidmatan tunda ke pusat servis sah MODENAS yang terdekat dalam radius 100km.
  • Pindah ilik sepenuhnya atas jualan semula motosikal.
  • Menawarkan nilai jualan semula yang lebih baik untuk motosikal.
  • Penggunaan alat ganti MODENAS tulen: lebih dari 30,000 alat ganti yang disertakan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 2 tahun.

Berikut adalah senarai motosikal Modenas yang dilindungi di bawah program EW:

  • Kriss 110 
  • Karisma 125S 
  • Elegan 250
  • Pulsar RS200 
  • Pulsar NS200 
  • Dominar D400 

Untuk pertanyaan, pelanggan yang berminat boleh menghubungi Talian Bebas Tol MODENAS di 1-800-880-181 atau WhatsApp Careline kami di 019-570 8135 atau pusat servis MODENAS yang mengambil bahagian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here